Ini Untuk Awak

Friday, 9:00 am
Awak, awak terluka? Melukai? Dilukai? Jangan bersedih, sebab Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat awak :) Ya, awak cuma perlu yakin dan percaya dengan kasih sayang Allah. Mungkin bukan sesuatu yang mudah, tapi saya percaya yang awak boleh lakukan. Semuanya berbalik pada hubungan awak dengan Allah.
Andai awak insan yang melukai, bersegeralah mendapatkan kemaafan daripada insan yang awak lukai dan belajarlah memaafkan diri awak. Dan seandainya awak insan yang dilukai, tak apa, maafkan si dia :) Lakukan dan awak telah menguntungkan kedua-dua belah pihak. Setelah itu, yang rugi hanyalah syaitan, sebab dia gagal menyalakan api kemarahan dan dendam dalam hati awak.
Awak, video-video di bawah ni sangat membantu saya saat terjatuh, sehingga berjaya membuatkan saya jatuh cinta, ya jatuh cinta lagi! Saya jatuh cinta berulang kali dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Jatuh cinta dengan cara penyampaian Ustaz Asri dalam menggambarkan kasih sayang Allah. Nah, kalau awak belum pernah tengok video-video ni, sekarang mungkin giliran awak pula untuk jatuh cinta.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
kredit : WEEN
This entry was posted in Tazkirah. Bookmark the permalink.


One Response to Ini Untuk Awak

  1. purpledi says:

    tazkirah di hari jumaat
    i like!