Happy Birthday to Us

ini kisah masa cuti hari wilayah hari tu.
yer cuti hari wilayah.
wilayah persekutuan kuala lumpur.
wilayah persekutuan labuan.
dan wilayah persekutuan putrajaya.
yang lain lain tu kerojer ler kamu yer.
ok ernie sudah dengan baik hati mau masak masak lalu mengajak rakan taulan mampir ke rumahnya.
rakan taulan tu aku, ayu & pae je pun.
di samping tu nak celebrate birthday kami together gether.
takut nanti di hari kejadian sebenar birthday ernie tak sempat plak kan.
pagi tu bangun aku gi breakfast kat kampung baru dulu.
gara gara selalu tengok update amy gi breakfast kat kampung baru la ni.
tapi aku sudah pergi salah kedai daaa..
walhal amy dah bagi direction, akak gemuk rambut pendek.
tapi aku terpergi kat kakak kurus pakai tudung. ihikss..

: : lontong kampung baru : :
kekdahnya deret kedai tu semua pun jual nasi lemak dengan lontong.
so rambang mata mau milih dong.
rasa nya? ok ok la.
nanti boleh repeat lagi.
dari kampung baru ke klcc.
sebab nak beli barang sikit.
ewah barang apa?
tu kena tunggu update lain. tihee..
dari klcc berdesup ke putrajaya terus.
semua pun dah sampai.
tinggal tunggu aku je nak ngapp sesama.
ni hah ernie masak.
sedap air tangan kawan aku ni ha masak.
eh sambal sotong tu import dari perlis kata si ayu.
lepas makan, potong cake time!
kek ni aku beli kat alamanda.
ingat nak beli kat klcc tapi bapak mahal hoiihh kek kat sinun.
aterrr nama pun klcc kan.
tapi tak boleh nak tulis nama atas tu.
tak kisah lah, janji ada kek!
birthday aku dengan ernie tapi 2 ketul lagi tu nyelit nyelit memeriahkan keadaan kekdahnya..
dan tanpa dirancang juga, tema kami hari tu hitam dan biru.
kelass kita kan?
takyah janji janji. mesti jer tersama 😀
btw, aku & ernie pakai baju tajuk yang sama.
dibeli di thai fair jalan genting klang.
RM6.50 sehelai.
lengan ropol ropol macam baju kahwin siti nurhaliza.
kau mampu?

: : budak comel ni pun sibuk nak makan kek jugak : :

: : pastu sibuk nak suap aku. so comel! : :

: : kitorang pun nak bersuap suap jugak maaa : :

: : nur ain dah puas makan kek, menyusu pula : :
tengah hari yang indah bersama kawan-kawan.
😉

14 thoughts on “Happy Birthday to Us

  1. sodapp ernie…

    ye import dari perlis.. moi fren kirimkan kt akak aku utk aku.. kekdah sgt aku tk masak nasi kt rumah terus le bawa ngap2 bersama korang.. anyway happy besday again to both of u!!

  2. “lengan ropol ropol macam baju kahwin siti nurhaliza”??
    haruslah nan hado! bak kata kak ayu, kalau kami yg berlengan besar ni pakai haruslah buruk nau rupa parasnya..hahahah!

Comments are closed.