Berjimbalaya

perkataan berjimbalaya tu kena kredit kat kaktin sebab first time dengar dari beliau.
tapi kot beliau pun dengar dari orang lain, so kredit kepada orang lain.
dan begitulah seterusnya.
ok minggu lepas iaitu pada 30hb januari aku sudah amik cuti.
sebab mau berjimbalaya dengan ini orang. dan ini orang.
pukul 10 pagi camtu gerak ke seri kembangan amik ayu.
sap sap soi je seri kembangan sebab aku dah biasa area situ.
kaklong kan duduk situ 🙂
sampai rumah dia, tengah breakfast nasi lemak plak makcik tu.
so tunggu jap.
terus gerak gi putrajaya amik ernie dan berdesup ke bukit bintang sebab mau makan di nasi ayam bukit bintang.
cam lama jugak kot aku tak makan nasi ayam ni.
so melahap la sepuasnya.
dari bukit bintang tetiba melencong ke lanai kijang.
aku la suggest makan dessert gitu.
so diorang memasing bedal embun menitis dengan creme brulee.
aku minum teh o halia je sebab sakit kepala. adehh..
gambar makanan takde, macam ke korang tak tau rupa paras makanan tu macam mana kannn..
eh di hari kejadian kan.. kitorang kebetulan pakai sama sama baju putih.
takde pun berjanji sumpah setia k.
kebetulan. kebetulan bangat.
btw aku pakai blouse baru yang dibeli di siem reap dan tudung plak hadiah dari ernie 🙂
dari lanai terus ke KLCC.
ayu nak jalan jalan cuci mata cari barang untuk baby nya.
aterrr nak melahirkan kat taiwan sana.
celah mana plak kau nak beli minyak telon nona roguy segala.
so harus beli stok banyak banyak kat malaysia ni ha.
jadi orang taiwan ler anak ko yer ayu.
jangan kau bagi nama ala ala taiwan sudehh..
sementara tunggu ajaq datang jemput ayu, kitorang lepak lepak kat the apartment.
haruslah minum jer, aterr perut mengetat, poket pun ketat. heh.
order ice lemon tea.
pastu disuruh isi borang kepuasan hati.
aku tak puas hati sebab ice lemon tea tu masam bebenau.
lalu tulis la no sugar.
waiter nya pun tak menyabau nak kutip borang kepuasan hati tu.
nasib ler kena baca komen aku tu.
dan tiba tiba air gula pun sampai.
gamaknya dia memang lupa nak letak air gula kot?
tah. positif je lah.
sekali sekala minum ice lemon tea masam apa salahnya kan?
baru kau tau perasaan orang susah yang takde duit nak beli gula.
lepas bye bye dengan ayu, aku dengan ernie meneruskan perjalanan.
memula ingat nak gi jalan TAR cari tudung tapi hujan lah plak.
belok kan steering ke wangsa walk mall sebab ernie nak cari broadband YES.
dan akhirnya YES! berjumpa.
pastu tawaf dalam wangsa walk.
belek baju baby, belek kasut, belek tudung, belek gitu gini.
dah habis sessi membelek, ke thai fair kat jalan genting klang plak sebab ernie tingin nak makan.
aku sebagai sahabat yang baik, bertimbangrasa, berbudi bahasa (ok sila muntah), dengan senang hati mendrive pula ke sana.

: : tomyam seafood, beef noodle, kerabu mangga & mango sticky rice : :

: : kalau tak cukup pedas, boleh up dengan mana mana cili yang ada : :

: : air kelapa yang sedap juga : :
borak gebang begitu begini la dengan ernie.
tetengah borak tetiba ernie menjerit lalu melompat.
tanjat gegirl.
rupanya ernie nampak seekor tikus besau sudah membuat lintas hormat.
dah lepas tu memasing makan kaki dok atas bersila. :-S
call encik z sebab nak ajak encik z teman hantar ernie kat lrt sungai besi sana.
lalu lrt sungai besi menyaksikan perpisahan kami di hari kejadian.
terima kasih sahabat sahabatku 🙂

10 thoughts on “Berjimbalaya

  1. wahahhaha eh lawa gila gambar aku dgn nasi ayam itu!!! hahahaha ish ish ishh seb baik aku tk ikut p thai food garden tu kalau tak matik aku sekeh tuan kedai sbb ada tikus!!! anyway mmg bes kuar bertiga.. cuma aku tk segagah dulu nk all out satu hari.. apapun seronok sgt jumpa2.. nanti balik sana kita jumpak lagi ya!!! mwah!!!!

Comments are closed.