Awan Nano Nano Nano Nano

hari tu masa anugerah juara lagu aku gi nonton live kat stadium.
tq kat moon sebab bagi pass masuk.
moon, agak-agak nanti anugerah bintang popular boleh dapat pass lagi tak? heee…
gerak dari rumah pas maghrib.
jalan jem sikit la nak masuk parking.
pastu yang hazabnya nak kena q bapak hoih panjang nak masuk ke aras 4.
dah la aku sampai lambat kang, memang mendapat ler.
tapi agaknya dah nasib kan.
aku q kat belah kanan tu aras 3.
aras 3 tu khas untuk pelanggan eksklusif celcom.
tapi tiba tiba ada staff situ jerit kata yang ada pass untuk aras 4 boleh masuk dari pintu aras 3 tu.
so dapat la duduk tepi agak berdekatan dengan stage. yeay.
sementara tunggu majlis nak start tu, aku dok kelebek kelebek la keliling.
tetiba terpandang minah tomboy kat bawah ni.
terus cam eh eh macam ku kenal.
lalu aku pun online facebook nak tengok.
ada minah ni update status, dia memang ada kat stadium.
so tidak syak lah lagi.
dia ni member masa aku kat poli.
kawan-kawan poli satu course dengan aku ingat kot.
along aka zuhayu.
matikk la siap letak nama betul.
aku nak komen kat facebook dia tu tapi tak lepas lepas. line congested.
pastu cam ah lantak la sana.
kau sama gak macam dulu ek along oi.
bila mau jadi perempuan sejati? #eh
dipendekkan cerita, majlis pun bermula.
aku suka awie punya performance.
terbang terbang rambut singa dia tu kena angin.
tapi suara memang mmmmalatuppp..
lagu bujang senang plak tu. best best.
lagu semua ok ok la kot.
cuma lagu lagu yuna dengan lagu cinta muka buku tu aku memang tok seyyyy…
sib baik ramai bersekongkol dengan aku tak gemar kan lagu tu gak.
so masy, pae, kaktin, encik z.. meh gimme 5!
yang paling aku suka pastilah 3 suara.
alyah pun best.
ujung ujung kan ada buat nyanyi tribute untuk allahyarham sudirman.
lirik lagu memang diletak untuk penonton kat bawah nun.
pastu baca tweet ramai cam kata adalah pelik penonton nyanyi tengok lirik.
macam dipaksa paksa.
lagipun come on guys.. lagu sudirman kot.
ada ke yang tak tau?
kalau tak tau baik la diam kumat kamit jer dari nyanyi tengok lirik.
yes tak yes jugak kan?
kang ada yang tak rela nyanyi. hmmm…
dipendekkan cerita la. korang pun dah tau hafiz menang kan.
aku takde masalah dengan lagu awan nano nano tu tapi kalau boleh nak lagu lain menang.
pastu perlu ke lagu karma faizal mat tahir tu dapat nombor 3? tak sesuai pliss..
ucapan m nasir paling sempoi ‘ni semua nasib ni’
muka dia memang cam tak caya dia menang kan?
korang tertanya tanya tak apa yang terjadi kat stadium masa waktu iklan kat tv?
selalu kan cam ada orang buat buat lawak atas stage kan?
kali ni diorang letak video tiru artis yang hari tu ada buat cam competition la kat website tv3 nun.
ok sumpah bapak lawakkk ok.
dari tempat ke 5 tiru lagu ghazal untuk rabiah.
m nasir tengok terbahak bahak dia gelak.
pastu nombor 4, 3, dengan 2 tu hmmm.. lagu keliru ajai dengan nurul.
pastu lagu aizat dengan anna rafali.
dan pemenangnya adalah mamat ni tiru gaya francescca peter nyanyi lagu sekadar di pinggiran.
cam keharommmm punya lawak.
korang kalau nak tengok, gi la kat website tv3 nun.
tapi kalau korang rasa tak lawak, salahkan ku jangan salahkan ku yaa..

6 thoughts on “Awan Nano Nano Nano Nano

  1. always love ning hehe
    tapi kecewa abg anuar xnak nyanyi, kalau x lagi meletup kan
    x baik tau abg anuar kecewakan peminat huhu
    lagu2 yuna ok what..tapi mlm tu lagu2 lain lagi hebat

  2. ai layan kt ghumah wpun ada tiket.. semedang paip bocor harus seksa nk cari toilet sejam sekalikann ekkeke apa2pun best jjugalah ajl tahun ni wpun aku tk concentrate sgt.. sebok tgk tenis.. tgk gambo laki jee

  3. me tak tengok juara lagu sbb anak tdo depan tv.. layan sikit2 je smpai lagu kalau berpacaran..

    eh awak tak ingat kah ‘ayu’ bukan setakat kawan sepoli, dia pernah sevokay dengan kita jugak laaaa… tp mungkin awak tak perasan kot sbb dia dok asrama sama dengan saya..

Comments are closed.