Aah Kau Je La Yang Betul. Orang Lain Semedang Salah Kan?

hari selasa hari tu kan.. aku nonton drama kat tv1. eh ke tv2.
pukul 10 malam tak silap. eh ke 9 malam.
ah apa apa je lah.
tajuk nya sujudku di sejadah.
teralit ralit nonton sampai terlepas pelangi kasih beto kusyairy ku.
tapi takpe.
ok telemovie ni, eh tadi kata drama?
kau dah kenapa normaya? dush dush.
tak kisah la drama ke telemovie ke apa ke, aku nak cerita pasal intipati drama ni.
mengisahkan sorang makcik ni namanya zaharah.
dia memang alim la, solat kat masjid semua, gi haji semua, tudung labuh semua.
tapi dia punya mulut… marabboka betui.
suka cakap besar. suka sindir orang. suka bukak aib orang.
pendek kata mulut cam haram laaa..
DIA JE LA BETUL. SERBA SERBI DIA JE LAAAA..
ORANG LAIN INI TAK KENA, ITU TAK KENA.
SERBA SERBI TAK KENA LAH. DASARRR…
nak dijadikan cerita, anak dia yang bertudung labuh namanya khatijah sudah kena tipu dengan kawan baik sendiri bernama suzie.
kena tipu yang kaw kaw punya.
iaitu tertipu menjadi pelacur.
suzie ni pun buat ni semua sebab dendam, dek kerana mulut puaka mak si khatijah, zaharah tu la mak apaknya bercerai.
dan sepupunya ayu mati sebab menangungg malu mengandung anak luar nikah.
kira dendam kepada mak nya, anak menjadi mangsa.
walhal si khatijah ni baik jer.
memang tak sama la perangai dengan omaknya yang bermulut longkang itu.
mak si ayu plak bernama senah.
memang selalu la zaharah ni dok sindir menyindir senah.
kata tak pandai jaga anak la, dan membangga diri sangat pasal anaknya yang baik tu.
khatijah terpaksa teruskan pekerjaan menjadi pelacur sebab suzie sudah amik gambar bogel khatijah.
kalau khatijah taknak teruskan, nanti gambar bogel tu akan ditunjuk pada zaharah.
demi menjaga hati dan perasaan emaknya, khatijah pun terpaksa la berkorban lalu menjadi pelacur.
dalam masa yang sama ada sorang mamat ni bernama iqbal suka kat khatijah tapi zaharah pandang sebelah mata sebab kerjanya pun jual ikan jer.
dipendekkan cerita, zaharah dapat tau pasal khatijah kerja jadi pelacur.
terus jatuh sakit.
senah gak la yang menjaganya.
baik ok senah ni maafkan kesalahan si zaharah.
kalau aku, hmmm hmmm hmmm..
kalau aku, aku maafkan jugak lorrr…
dan zaharah mintak iqbal tolong cari kan khatijah kat KL nun.
akhirnya mereka berkahwin.
moral of the story :
kita ni janganlah dok nak asyik membangga diri. rasa diri kita ni je la semedang betulll..
orang lain semuanya salah.
sedih ok.
aku ada je kenal dengan 2,3 orang yang perangai ceni.
pakai tudung labuh.
solat tonggang terbalik dengan solat sunat segala.
tapi mulut very the al puaka.
tak jaga air muka orang langsung.
kadang kadang aku terpikir, apa la dorang doa masa solat tu ek?
kalau dah hari hari orang asyik menyampah je, aman bahagia ke hidup diorang ek?
jangan bangga diri.
contoh : aku kalau laki aku mati sok, aku tak teringin dah nak kawin lagi. biar je aku membalu sampai ke tua.
jangan cakap besar weyy..
we will never know what will happen in the future.
hah tu dia spiking london sudah.
lagi satu, kalau pembalasan tu tak dapat kat kita, Allah balas pada orang keliling kita.
macam kes zaharah ni la. tup tup anak dia yang tak bersalah plak terpaksa terima akibat dek mulut puaka dia tu.
sama la macam kau ejek ejek anak orang pondan, pengkid bagai.
mesti la balasan tak dapat kat kau.
tup tup dapat kat anak kau acaner?
dan kata kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tu pun aku rasa kena ejas sikit la.
iqbal sudi kahwin dengan khatijah yang dah rosak tu, walhal iqbal sebaik baik manusia.
so tak semestinya la kan yang baik untuk yang baik.
yang baik boleh je jadi dengan yang jahat dengan syarat yang jahat tu dah insaf bebetul la.
makanya marilah kita sama sama bermuhasabah diri ya…
jangan asyik nak fikir diri sendiri je betulll.. heh.
sekian dari saya ustajah norma’ayah.

12 thoughts on “Aah Kau Je La Yang Betul. Orang Lain Semedang Salah Kan?

  1. saya pernah terkena dgn org yg nampak luar baik sgt..pakai tudung labuh.. solat sunat tiap2 pagi tp rupanya suka melaga2 kan org.. sampai skrg saya masih rasa sakit ati bila teringat kan perbuatan dia..btul2 tak sangka dia mcm tu..
    berkenaan laki baik utk pomp baik tue..bg saya la kan berdasarkan citer akak yg ank dia baik tp sbb terpaksa dia jadi pelacur tambah lg utk manjaga hati maknya.. bukan kan tue dh mengambarkan dia seorg yg baik and sesuai dgn iqbal? bg saya la kan baiknya seseorg tue pada hati bukan pada pakaian..

Comments are closed.