Blog Maya Dot Com

Taman Anggur, Perlis

lepas mengisi perut kat restoran nasi kandar pokok petai tu, kami 3 beranak terus je menuju ke taman anggur.
temujanji telah diatur dengan cikgu asri untuk berjumpa dengan encik kamaruddin, pegawai dari jabatan pertanian negeri perlis.
sebenarnya hari isnin taman anggur ni tutup.
tapi disebabkan ada blogger normaya ni nak pergi buat review, terus dibuka.
kelas kau maria….
lalu encik kamaruddin pun memberi penjelasan tentang taman anggur dan segala macam jenis anggur anggur yang ada di sini.
usai penerangan, kami pun dibawa melawat ladang anggur.
yeayy.. saat yang ditunggu tunggu.

: : ini namanya proses pemangkasan. kira anggur lama dah habis dipetik, kemudian dibuat pemangkasan untuk up anggur baru. gitu : :

: : kecik cenonit sahaja : :

: : ini anak saya, bukan buah anggur. ok terhapa : :
kemudian beralih ke petak seterusnya.
petak di mana buah buah anggur sedang masak ranum!

: : anggur hijau : :

: : anggur purple : :

: : teruja plisss : :

: : dedua beranak terkagum kagum : :
dah terkagum kagum tu apa laga, petiklah uolls.
aha memang boleh petik petik je.
lepas petik terus ngap ngap takpayah basuh pun tak mengapa.
abaikan tudung aku yang serabai tu.
tengah libas libas sebab kepanasan, pastu lupa nak betulkan. sabau jew lew.
macam tak puas nak ngap ngap kat situ jer, so aku tanya la encik kamaruddin boleh tak kalau aku nak beli barang sekarung 2.
dia kata ala tak payah beli la.
terus dia gi amik plastik, dan pilih pilih anggur, satu plastik diberinya.
wa wi… rezeki rezeki… thank u encik kamaruddin!

: : anggur segar dari ladang! : :
sedikit info tentang anggur.
korang tau tak yang anggur akan hidup subur mewangi di negara bercuaca panas.
dia memang tak suka hujan.
dia ada timing untuk siram.
tapi air hujan dia tarak suka.
aku sebelum ni mati mati lah ingatkan anggur hidup kat tempat sejuk.
anggur kata ko. buah oversea kann…
kalau kena air yang berlebihan, akan membuatkan rasa buah anggur ni menjadi masam.
tempoh matang pokok anggur ni antara 8 – 12 bulan. tapi takde musim.
so kau boleh tanam ikut sesedap rasa.
encik kamaruddin cerita, masa mula mula jabatan pertanian perlis nak kendalikan taman anggur ni dapat macam macam reaksi dari orang keliling tau.
kira cam tak caya lah yang malaysia boleh keluarkan anggur yang sihat dan subur.
tapi, tiada yang mustahil.
malaysia boleh! wah!
oh last but not least, antara klon klon anggur yang boleh ditanam di malaysia ialah black opal, new white malaga, black queen dan IAC.
makanya, tak reti reti lagi.
korang kalau bercuti ke perlis jangan lupa ke taman anggur yang terletak di sungai batu pahat, perlis, ote??

    8 thoughts on “Taman Anggur, Perlis

    1. Nur

      paling suka anggur itam itu…kalau duk ngadap tv sambil ngap2 anggur…sekali reraba2 dalam mangkuk tapis tuh…nengok2 dah abeh..hahhaha 😀

    2. jesri

      Salam…Terima kasih kerana sudi mempromosikan Taman Anggur Perlis….
      MOHD JESRI BIN SAAD
      KETUA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
      JABATAN PERTANIAN NEGERI PERLIS

    3. pa'e faizah

      sumpah tak pernah tak ada ladang anggur kat perlis sebelum ni.
      so bila akak tweet aritu pegi ladang anggur mcm ternganga2 la..eh eh ada meh? gituuuu…