Restoran Syeikh Huang-Ti, Taiping

balik taiping hari tu kitorang sekeluarga keluar makan.
kejadian sehari selepas kenduri kahwin adil & yana.
mama tak larat nak masak, mama suruh beli lauk kat luar, tapi aku cadangkan jom je la makan ramai ramai kat luar.
kira outing pertama keluarga puan normah gitu.
memula nak gi makan tomyam kat satu restoran ni, tapi katup lah pula.
aku kata gi doli je lah. pun katup juga.
kemudian drive ke depan sikit, nampak restoran ni, terus je la berenti.
dah la masa ni hujan renyai renyai, cam kepala otak pun jem nak fikir nak makan kat mana.

: : gambar kredit IKANLEPU : :

: : restoran syeikh  huang-ti kafe & steamboat nama diberi : :
ramai jugak orang masa ni dan aku pun saspek mesti lambat gak dapat makanan ni.
tapi sokayyy la kot sebab kitorang semua cam takde la lapar menggila makan budok sangat.

: : amik set ni : :

: : dijamu juga dengan buah buahan tempatan yang terdiri dari rambutan dan langsat : :

: : gambar buat syarat janji ado : :

: : blouse yang ku lantingkan pada kaklong : :

: : cici. aku ada cerita sikit pasal cici ni. nanti lah aku up entry lain na : :
setelah 45 minit menanti, makanan pun sampai.
apa yang diorder boleh refer balik pada menu di atas.
gambar ni semua pun caca yang snap.
aku malas plak nak bangun snap satu persatu.
segan dengan yana kot. kahh.
dan? semua pun sedap terutamanya sotong goreng tepung tu!!
walhal aku ni mana la minat pun goreng goreng tepung ni, tapi sumpah sotong tu sedap pliss..
aku try google, lalu jumpa LINK ni. pemilik restoran ini lorr..
korang boleh klik baca.
berbaloi tunggu 45 minit sebab memang sedap sangat.
masa bayar, staff tu mintak maaf sebab lambat katanya.
tapi aku kata takpe, sebab makanan semua sedap.
kalau tak sedap, harus diawaskan.. :-p
so pada warga taiping, boleh la try makan kat sini bila awak balik kampung nanti.
dan pada yang plan nak jalan jalan cuti cuti taiping pun, aku suggestkan juga.
Restoran Sheikh Huang-Ti. 76F (Jalan Tupai), Taiping, Perak
landmark. dekat dekat dengan restoran doli  kueyteow tu.
sebelah dengan kedai tupperware.
selamat menjamu selera!

4 thoughts on “Restoran Syeikh Huang-Ti, Taiping

Comments are closed.