Minit Terakhir

cuti CNY lepas aku balik taiping.
very the last minute punya decision tu.
sebab awalnya memang aku dengan encik z takde plan ke mana.
nak duduk rumah kemas rumah bagai la.
tapi kebetulan officemate encik z ada jemput kenduri kawin dia.
encik z mau pergi.
dah kenduri nya kat taiping.
takkan taknak balik TLJ plak kan.
so balik.
bertolak hari sabtu pukul 4 petang.
konon dengan harapan jalan dah clear la.
biar semorang dah balik.
tapi….
lepas tol jalan duta je kereta dah merangkak rangkak kot.
10 km kat highway tu, nak exit tanjong malim, ambik masa satu jam 15 minit ok!
kau bayangkan!?!
10 km tak sampai 10 minit kot! pftttt…
exit tanjong malim nak lalu jalan lama la konon.
tapi sama jugak hazabnya.
last last sampai taiping pukul 11 tengah malam.
7 jam KL – taiping. *nangisss
esok nya keluar jalan-jalan bandar taiping.
teringin benar tekak nak minum black mountain kat kasyer. so ke sana lah.
aduhh.. memang (Y) kot.
pastu tekak teringin yong tau foo bomba plak.
macam macam plak kau teringin yer tekak.
puas makan dan minum singgah the store cuci mata sambil membelikan prezen untuk si pengantin kawannya encik z.
esoknya pukul 2 petang camtu baru gerak ke rumah pengantin di changkat jering sana.
plan sebenar nak keluar awal, tapi tu la encik z.
last minute baru nak gi basuh kereta.
sabar je lah.
tu yang melambat tu.
sampai sampai terus makan.
orang pun dah tak ramai masa ni.
biasalah kenduri kat kampung, memang orang kampung suka pegi awal.
salahkan encik z. huhuhu…

: : with pengantin : :
actually officemate encik z ni aku kenal gak.
member se mengaji aku.
tapi aku ni baru merangkak belajar iqra balik.
beliau sudah berjuzuk juzuk kot.
selamat pengantin baru noorium & firdaus
semoga kekal hingga ke syurga 🙂

5 thoughts on “Minit Terakhir

  1. Wah..dpt tgk gambar Wan Norium jadi pengantin….
    tq mya for sharing…
    tau pasal dia kawin pun coz kat dept ni dok buat collection utk belikan hadiah utk pengantin baru 🙂

  2. Orang taiping ke ? heheh .cangkat jering kampung suami bee , oh jem lagi yek jalan ke sana .. 7 jam dlm ket memang nagis lah (Y)

Comments are closed.