ini adalah susunan aktiviti pemakanan aku masa di melaka hari tu.
aku susun kan mengikut hari. cehh macam ke perlu.
malam pertama sampai abang long ajak gi makan ikan bakar.
memula aku ingatkan nak gi makan kat umbai sana sebab memang aku tau situ je la.
tapi tup tup abang long membelokkan gen 2 beliau ke arah lain.
tak silap aku sungai punggor kot namanya. orang melaka tolong betulkan kalau salah.
abang long kata dia penah makan situ, sedap.
ok la ai follow.

: : muka ceria dengan harapan dapat makan ikan bakar secara hebat : :

: : tapi…… : :
servis lambat. ikan bakar tak sedap pun. kosong je takde lumur apa-apa. lumur peginya.
ada lain kitorang order tapi aku tak nafsu nak snap gambar.
taktau la kot before ni memang sedap tetiba tang aku pergi plak cam ke laut ke kan.
maka nya ikan bakar umbai gerai parameswara tetap terbaik. sekian pendapat saya.
ini plak hari selepas kenduri adil tu.
gi makan kat restoran apple burger sebelah hotel straits meridien.
makan asam pedas. nyummm terbaikkk … penah gak blog kan dulu kat SINI

: : otak otak dia pun marvelouss : :
memang sangat direkemen. kalau korang gi melaka, set jer GPS ke hotel straits meridien.
restoran ni bebetul sebelah kanan hotel.
sebelah petang plak aku ke tengkera makan bihun sup yang lazat sungguh.
aku penah blog kan dulu kat SINI.

: : makan dengan kicap cair & pepper. uishh terangkat! : :

: : ada popiah jugak. memula ingat cam banyak tak habis, tapi licin! : :

: : kedudukan kedai makan tak bernama ni adalah di sebelah dewan mbmb tengkera : :
lepas pekena bihun sup tengkera tu, gerak plak depan sikit ke pantai klebang.
mau try klebang original coconut shake yang sering diperkatakan di dalam dunia blog ni ha.

: : kalau nak makan minum sila ke dalam. kalau bungkus di luar. maksudnya di luar tu memang bebetul tepi jalan. yang kat dalam tu dalam sikit je pun : :

: : hah dalam  yang macam gini : :

: : kalau nak yang ada aiskrim kena cakap nak yang special, ote? dan sedap nak pengsan plissssssssssss….¬† : :

: : model tak berbayar : :
kemudian teringin juga kuih keria di limbongan.
yan & mimie la ni tweet. terus teringin.
tapi malangnya dah habis tsktsktsktks.
akak tu kata jual tengah hari. aku gi hari tu dah pukul 5 petang camtu.
eh bukan tengah hari kita makan nasi. petang baru makan kuih meh?
demikianlah aktiviti jalan jalan cari makan saya dan keluarga di melaka.
dan fyi, both bihun sup dan coconut shake tu aku repeat 2 hari berturut turut. uhuu..

    10 Thoughts on “Makan Makan Melaka

    1. itu kuih keria rugi bangettt ko tk dpt makan…. sodapppp…

    2. ikan bakar stail org berpantang jer kot sis..hehe
      coconut shake tu mmg glamer ek..ramai benor yg blogkan kedai tu. iklan free gitu…

    3. perghhhhh terangakt apa tengok air coconut shake tu..

    4. purpledi on January 4, 2012 at 9:15 am said:

      saya mau itu coconut shake
      sgt menggiurkan

    5. pa'e faizah on January 4, 2012 at 5:13 pm said:

      sy takmau coconut shake itu.
      sy mau model tak berbayar itu..moleh? huahuahua :-P

    6. Cocnut shake tu memang lain rasanya dari yang biasa. Ada rasa lemak2 kelapa campur lemak2 aiskrim vanilla kan. Tp bg saya, keria tu, mcm biasa jer. Kita pun boleh buat dirumah. Heheheh. Mihum sup Tengkera, memang pelik sangat. Cuba perhati betul2. Nampak mcm x der apa pun. Kosong jer, tapi perisa sup dia tu memang bestt sangat. Kalau tengah lapar, boleh habis 2 mangkuk sebab 1 mangkuk tu sikit jer kan….

      Jemput ke blog saya utk ikan bakar. Saya x berapa suka Parameswara. Tapi ada satu kedai lagi best…

    Post Navigation