CNY hari ke 2 hari tu aku kerja tau.
dari pukul 10 pagi sampai 3 petang.
gigih ni nak kaut OT bebanyak.
nak cecepat bayar hutang kad kredit yang semakin hari semakin sakit kepala.
tu pun aku dah katup 3 bank.
tinggal lagi 2 bank.
kau mampu ada kad kredit sampai 5????
matiklaaa..
ah jangan nak speku nak report bagai plak yer.
sekarang aku ada 2 kad kredit je dan sedang gigih membayau.
siapa ke yang hari tu dok komen pasal kad kredit aku tu.
jahat ok. sangat tak amanah.
tau la hutang aku membanyak tapi adil ke kau nak jaja jaja cerita aku? sedih tahu nggak.
ok lupakan kisah sedih. itu cuma cebisan warna warna dalam kehidupan. ewah.
lepas habis kerja, berdesap desup balik rumah bersiap segala.
tunggu kaklong sekeluarga sampai, kemudian terus zass ke cosy place restaurant yang terletak di wangsa maju.
dah lama jugak baca pasal restoran ni dalam blog orang.
so memang molek benar lah nak makan sekeluarga kat sini sebab sekentut je pun dari jasmine.
masa mula mula melangkah macam saspen sebab cam gelap samar bayangan gitu.
aku pun tanya la kat adik waiter tu, bukak ke katup ni?
katanya bukak kak. kami tutup lampu sebab takde customer.
memang betul, masuk masuk je takde orang sorang pun.
kami sekeluarga je.
caca pun tanya kenapa takde orang mommy?
aku kata sebab mommy dah bayar satu restoran ni untuk kita satu family.
terus dia wow..hebatnya mommy.
kesian awak terpedaya dengan penipuan mommy ini, ca.
dekorasi memang cantik.
ala ala english style gitu.
yang penting aircond kuat gila.
kipas pun dipasang atas kepala.

: : dekorasi : :

: : buku menu : :
kita terus kepada hidangan pada hari kejadian.
eh cam lama je aku tak edit gambar kat photoscape.
ni aku bloom kan untuk memberi effect menawan kepada makanan.
korang tertawan tak?
kaklong amik mushroom soup & garlic bread dan pasta seafood.
mama makan bihun sup yang ada meatball di dalam.
abang long makan nasi sambal udang yang sambal nya hidangan menarik. rasa menarik. saya suka.
aku ambik bubur nasi konon nak share dengan caca.
tapi kemudian dia tak hingin nak makan sebab ngecek bihun sup mama.
amik jugak baked crab sebab dalam buku menu nampak menyelerakan.
memang sedap cuma aku toksey makan dengan biskut bawah crab tu.
sebab manis. jadi tak bersatu padu.
encik z makan homemade burger.
keseluruhan rasa makanan adalah tip top.

: : caca & babah : :

: : yaya & caca : :
masa masuk tu aku memang pegang kotak kek.
adik waiter tanya nak simpan dalam fridge dulu tak.
so bagi la dia simpan.
masa kitorang tengah belek buku menu nak order, ada lebih kurang 5 orang pose pose maut depan kaunter bayaran tu sambil memandang kami.
malu plisss…
usai makan, aku pun bagitau la suruh keluarkan kek tu.
tak semena mena kipas dipadamkan.
dan tiba tiba berkemundang lagu happy birthday to you.
wah… bagusnya… memang terbaik lah dorang.
siap kek dibawa keluar dengan lilin dan api sudah terpanchorrr di atas kek.
terus rasa terharu sampai tersipu sipu gitu.
kudos kepada waiter waiter restoran cosy place ini.
akak doakan bonus korang meletup letup tahun ini ya.

: : happy birthday ibu & mommy : :

: : hai nama saya normaya. nama kakak saya zuraihan. yer, memang tak sedondon nama kami ini : :

: : kakak saya lahir 17 januari 1977. saya lahir 19 januari 1979 : :

: : tiup jangan tak tiup : :

: : potong jangan tak potong : :
nak menciwi dengan korang nih.
shawl tu shawl baru. aku beli kat phnom penh hari tu.
aku suka sebab warnanya sangat lah smooth criminal gitu.
dan blouse oren tu plak hadiah dari qistina yang dibeli di poplook.
dan sebenarnya aku pakai jeans baru jugak.
hadiah birthday encik z bagi.
tapi tak nampak la plak dalam entry ni yer sebab takde amik gambar full.
later later aku menciwi lagi noo..
maknanya shawl baru, blouse baru, jeans baru.
kasut dengan handbag je lama. eh tapi baru jugak kot.
kasut tu beli bulan 12 hari tu.
handbag rasa baru 2 bulan kot?
lain kan perasaan pakai benda baru ni?
ke aku sorang rasa lain? heee..

: : suami ku kena paksa pakai baju pink. assalammualaikum bang. sihat? : :
stay sampai maghrib.
siap solat semua kat sini.
hah sini ada surau tau.
jangan kau ingat restoran english style gini mengabaikan keagamaan.
kalau sesiapa nak pergi makan suka suki kat cosy place ni, amik ni ha alamatnya.
Cosy Place Restaurant
No.27-29, Jalan Wangsa Delima 2A,
KL. Suburban Centre III,
Section 5, Wangsa Maju,
53300 KL
kalau sesat, salahkan ku jangan salahkan ku.
harga makanan kat sini reasonable jugak.
takde la mencekik sampai kau tercekik nak membayau.
total kitorang makan semua dengan air yang tiada dalam gambar ialah RM151.
sokayy la kot kan?
ya ampun baru perasan panjangnya entry aku ni!
lemau ler korang membaca.
ok dah nak taip entry lain plak.
tah tah tih tih tuh tuh.

    7 Thoughts on “Makan Bersama Keluarga di Cosy Place Restaurant

    1. tetiba rasa macam in house punya kek, kann….?
      aku tak pernah sampai lagi kat sini walaupun sekangkang kera jer.. ntah napa laki aku takde hati plak nak try makan kat situ…

    2. purpledi on January 31, 2012 at 12:31 pm said:

      aah sweet la kaler shawl akak tu
      smalam no entry, amek ko arini terus cerpen hehe

    3. hahaaa ako suka makan erkk alamak lupa lak nama nya..
      kuew teow goreng pun sodap..
      paling suka derang punya PR, bagusss…
      so far kitrg pegi, staf dia friendly and ok laa ..
      memang puas hati!! (Y)

    4. best best.
      sila bawak adik-beradik pi lengkali, ote?

    5. nidashaari on January 31, 2012 at 3:21 pm said:

      owh kami dah lama nak komen pasal beg (baru) tuh.. hiks

      Kami dah lama x pegi cuba tempat makan baru

    6. oh, tempat ni lah aku teringin nak pergi dulu..tapi tak sempat..btw, hadiah baju pemberian Qis tu, macam aku pun ada..beli kat Poplook gak hehe

    7. wah…nak terjah lepas ni…

    Post Navigation