Kampung Hutan Temin Guesthouse (KHTB)

sepanjang percutian aku kat perlis hari tu, penginapan aku ditaja oleh cikgu asri, owner kepada kampung hutan temin guesthouse.
Info berkenaan Kampung Hutan Temin Guesthouse
Rumah tetamu Kampung Hutan Temin, Mata Ayer menjadi ahli baru dalam kumpulan home-stayperlis.blogspot.com. Rumah kayu yang dicantikkan dengan warna cat dan lampu unik sesuai untuk dijadikan rumah persinggahan bagi mereka yang belum pernah tinggal di rumah kayu seperti di kampung. Suasana kampung dan berdekatan dengan sawah padi merupakan kelebihan kepada tetamu rumah ini. Terdapat kedai runcit dan kedai makan yang menjual laksa, mee rebus dan bihun sup berdekatan dengannya.
Lokasinya juga strategik, iaitu di belakang Nat Mata Ayer, dekat dengan restoran terkenal Pokok Sawa, berdekatan dengan Uitm Arau, Pusat Matrikulasi, IPG Kangar, Kolej jururawat Murni, Unimap dll. Hanya 15 minit ke bandar Kangar, 10 minit ke Arau, 30 minit ke Padang Besar dan 20 minit ke Kuala Perlis. 5 minit ke pusat rekreasi Tasik Melati.
Kemudahan: 3 buah bilik (2 buah berhawa dingin) yang terdiri daripada 7 buah katil bujang, toto disediakan. 2 buah bilik air. Ada mesin basuh automatik, kettle, iron, TV dll
Kadar sewa hanya: RM60 – RM140(maksima) semalam
RM60 – 1 bilik biasa tingkat bawah sahaja + ruang tamu & dapur.
Sewa bulanan tidak melebihi 3 bulan : RM1500 sebulan

: : ketibaan aku sekeluarga disambut dengan 2 botol air mineral & 3 biji buah nanas : :

: : signboard : :

: : pandangan dari depan : :

: : ruang tamu bawah : :

: : salah satu bilik di tingkat atas. nampak tak anak aku terselit kat situ? : :

: : ruang tamu atas : :

: : dapur : :

: : tangga untuk ke tingkat atas : :

: : pondok kecil di luar untuk lepak santai : :

: : basikal disediakan secara percuma untuk ronda ronda : :

: : kalau lapar boleh pekena laksa : :

: : swimming pool yang dalam pembinaan. tapi menurut kata cikgu asri, dah pun siap sepenuhnya sekarang : :
jadi kepada sesiapa yang plan nak bercuti cuti ke perlis, boleh la pertimbangkan untuk bermalam di Kampung Temin Guesthouse ni.
boleh feel feel suasana kampung expecially korang orang orang bandar ni kan..
untuk lebih keterangan lanjut, boleh baca info tentang homestay di perlis milik cikgu asri di SINI, SINI dan SINI.
kredit blog homestay-perlis untuk 2 keping gambar di atas.

4 thoughts on “Kampung Hutan Temin Guesthouse (KHTB)

Comments are closed.