I Love Moo Cow Frozen Yogurt

masih di hari yang sama dengan kejadian makan makan keluarga di cosy place.
terus gerak ke wangsa walk sebab kaklong nak cari housing untuk handphone samsung baru dia teww..
tapi kedai handphone banyak katup.
chinese new year kot kan.
kemudian jalan jalan cuci mata.

sampai bawah nampak i love moo cow frozen yogurt ni.
selalu pergi sebelum ni pun nampak je kan tapi tak pernah dihiraukan.
bila yaya & caca dok menepek pandang pandang kerana kekaguman bunyi moo yang dikeluarkan oleh lembu plastik tu, aku merasa simpati pula.

kebetulan plak adik kedai tu bagi rasa satu yogurt berperisa dragon fruit.
suruh yaya dengan caca rasa.
bila tanya nak ke? dedua serentak jawab NAK NAK.
jadi sebagai ibu dan ibu saudara yang baik hati, aku pun membeli.
eh tapi sebenarnya encik z yang beli kot. sebab dia yang bayar. tehehe.

RM10.90 tak silap. kalau nak tambah toppings kena add RM1.00 lagi rasanya.
rasa nya ok la. masam masam gitu.
kalau nak compare dengan tutti frutti aku rasa lebih kurang je kot.
nama pun yogurt kan. what do u xpac?
takkan nak rasa air bandung pasar malam plak.

aku tak tau la tempat lain ada ke tak yogurt moo ni.
macam tak penah nampak je.
kalau nak try rasa, sila lah ke wangsa walk yer…

3 thoughts on “I Love Moo Cow Frozen Yogurt

Comments are closed.