: : budak kecik ini bernama nur balqis aka cici : :
aku dapat ni dari forwarded email.
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin…walaupun maknanya bagus..kerana nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri…..
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya
7. Mazida
Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain..sbg contoh klu SITI NAJWA…dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI…….
baru baru ni kaklong bawak cici gi jumpa ustazah.
dan memang ustazah tu ada sebut pasal nama balqis, memang maknanya bagus tapi memang ada kena mengena dengan nama anak jin.
mana lah kita nak tau kan.
aku pun yang cadangkan nama balqis ni pada kaklong.
kalau aku pregnant dulu, memang aku nak buh nama anak aku balqis pun.
dah rezeki kaklong dulu, so dia amik la nama tu.
kaklong sekarang panggil cici, NUR.
tapi aku tatap gak panggil cici. kadang kadang NUR CICI.
suka suka je kan he he..
apa apa pun harap cici akan sihat walafiat, walaupun ketumbuhan kat pipi dia tu masih ada.
semoga dipermudahkan untuk si kecil ini.. ;-)
EDITED : tadi aku ada google pasal benda ni. jumpa satu blog.
dia macam perlekehkan pendapat ustaz sharhan safie nie which is aku rasa sangat tak patut.
siap ada gelak keh keh keh lagi pasal penyakit misteri tu.
lepas tu komen bertali arus ada yang percaya, ada yang tidak.
pada pendapat aku, tak percaya tak apa. tak percaya kerana dikhuatiri syirik.
tapi tak perlu perlekehkan pandangan orang lain. sebab kelihatan begitu sombong sekali.
maaflah dik kalau tiba tiba awak terbaca entry ni plak.
atau mungkin ada kawan kawan awak yang jadi readers blog akak ni jugak.
akak mintak maaf lah yer, sebab akak pun macam pengomen lain, punya pandangan tersendiri.
aku suka komen-komen ni :
(harap takde yang saman aku la sebab letak komen ni. niat aku cuma satu, berkongsi untuk ke arah kebaikan)
tapi kalau ada yang terbaca entry aku ni dan ada di antara komen di bawah ni komen korang, dan kalau tak suka aku share kan, boleh tinggal komen, nanti aku remove. ok?
Komen 1
Janganlah memandang rendah pada pendapat orang yang ahli dalam sesuatu ilmu. Dia memberi pendapat berdasarkan ilmu yang dia ada.
Selebihnya adalah urusan Allah. Terjadi atau tidak terjadi semuanya adalah kehendak Allah.
Sama seperti seorang ahli kajibumi memberi nasihat jgn buat rumah atas bukit atau tepi pantai, tidak semestinya semua yang buat rumah atas bukit akan roboh atau yang buat rumah tepi pantai akan hanyut. Itu adalah pandangan sebagai satu pencegahan dan tidak boleh ditolak seratus peratus.
Sebenarnya di zaman moden ini anak-anak muda kita telah ditimpa pelbagai penyakit, contohnya mat rempit, bohsia, dadah, dan sebagainya.
Mungkin kita banyak dipengaruhi oleh jin dan syaitan. Jadi salah satu cara pencegahannya, elakkan dari memberi nama anak sama seperti nama yang digemari oleh jin.
Ketahuilah, walaupun jin Islam, tetapi sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.
Dan jangan banyak membangkang jika ilmu kurang di dada kerana orang yang suka membangkang tanpa ilmu itu adalah satu penyakit bawaan jin…
Komen 2
Assalammualaikum….
maaf kalau kata2 ni mengganggu. cuma nak beri pendapat. Jangan terlalu bangga dengan diri sendiri, kita tidak tahu masa depan. Mungkin apa yang kita nampak luaran tidak sama dengan dalaman kita. di luar kita sihat, blum tentu dalaman kita pun sihat.
Penyakit misteri banyak huraian dan cabangnya. lebih baik kita cari maklumat untuk tambahkan ilmu.
Alhamdulillah, mak sy ada beritahu, sy dan adik tidak mengalami masalah smasa kecil. tidak pernah menangis pada waktu malam…tanya lah org2 yang lebih tua.
lastly, jgn la ketawakan org mcm tu ye… tak baik. apa yang diperkatakan oleh ustaz itu, cuma untuk langkah berjaga2…
sekian. Wasalam.
Komen 3
pendapat saya, informasi tersebut adalah apa yang mereka belajar..memang puan tak percaya..tapi mereka percaya..sebab ilmu mereka perolehi lebih dan Allah pinjamkan pada mereka ilmu lebih sikit dr Puan je..jadi tak salah untuk diketahui bukan diperbodohkan..untuk langkah berjaga2 sahaja..
agak2 puan dengar dak ilmu yang dia share secara menyeluruh??sebab Ustaz tu ada sebut..”tidak semestinya nama tersebut punca penyakit misteri tetapi sekadar langkah berjaga2″..dan “tidak semestinya perlu tukar nama di IC tapi hanya sekadar panggilan nama diubah..itu sahaja”..harap maklum..
Komen 4
saya setuju dngan apa yang dijelaskan oleh rina… ustaz 2 just nk bg langkah berjaga2 je.. bkn ape, kot2 jela.. ustaz 2 dh brapa ramai pesakit yg dia rawat.. lgpn dia ada bnyak pengetahuan mengenai hal ini… kita jngnla fikir mcm 2, spatutnya kita kena dngar dlu apa yg dikatakan.. seseorang manusia akan percaya bila dh kena.. masa xkena ni memangla berbagai persepsi n spekulasi.. tp bila dh kena.. faham2 jela.
Dlam ilmu ni kita jngan fikir logik akal jg.. sepatutnya kita kena belajar dgn orng yg tahu bab2 ni such as ulama, ustaz n so on.. jngn main fkir logik, kerna logik akal la ramai umat islam kita sesat.. langsug xberpandukan apa2.. setiap kata2 yg kita beri ni akn d perhitung di akhirat kelak.. ni just nk kongsi je.. harap maaf sekiranya terasa. wsalam..
Komen 5
salam….
aku nak komen skitlah….kita berckp menggunakan akal fikiran bukan ikut hati dan perasaan…
sbb tu setiap org ade pendangan dia sendiri dan setiap pandangan org adalah betul….
ilmu yang ustaz tu ade bukan sume org ade…klu kita was-was kita rujuk dulu dgn yg lebih arif…jgn main guna pakai jer…tetapi jgn perlekeh pandangan org lain….
klu nama2 tuh boleh mendatangkan penyakit misteri n kita tak percaya kita rujuk dulu n jgn main pelekeh jer…sbb kita pun bukan tau sgt…pastu nak main gelak jer…
sume tu “kun fa ya kun”…KLU betul itu nama anak jin boleh mendatangkan penyakit mesti tp still memerlukan izin daripada ALLAH klu tak takkan jd…even klu itu nama baik ttp perlukan izin ALLAH utk dpt penyakit….
so utk owner blog nih…jgn main main gelak besar jer…sbb itu still ilmu…klu tak takkan ade topik utk blog nih…
pastu u nih mom to be….aku rase kene lebih berhati2 skit sbb kata org tua….ape yg mom, mummy @ ibu yg dilakukan oleh org yg pregnent nih akan menurun kepada anaknye…
Komen 6
assalamualaikum
maaf menyampuk sebagai manusia biasa kita tidak sepatutnya mengatakan sesuatu seolah2 kita tahu dengan benar2 pasti dan yakin kerana yang maha mengetahui hanyalah Allah. lebih2 lagi tentang perkara ghaib seperti ini. kita tidak sepatutnya dengan mudah memperlekehkan pendapat dan pandangan orang lain hanya kerana pendapat yg diberikan itu tidak seperti apa yg kita fikirkan.
apa yg ustaz tu cakap mungkin ada benarnya dan mungkin juga tidak jadi kita tidak seharusnya cepat melatah sebaliknya kita seharusnya merujuk kepada mereka yg pakar diluar sana. apa yang saya faham dengan apa yg cuba disampaika oleh ustaz tu pun sebenarnya hanyalah sebagai langkah berjaga jaga.
perkataan dikhuaturi itu sendiri membawa maksud takut2 berlaku tapi tidak semestinya berlaku sbg contoh dikhuatiri lemas- boleh jadi lemas tapi tidak semestinya lemas hanya menunjukkan kerisauan takut lemas.
dikhuatiri salah faham- boleh jadi salah faham akan berlaku tapi tidak semestinya akan salah faham. hanya takut salah faham.
sama jugaklah dengan ayat dikhuatiri terkena penyakit misteri/pelik- hanya takut2/risau tapi tidak semestinya akan terkena kan.
mengenai moden atau tidak nama2 yg tersebut di atas… mungkin moden bagi kita bangsa melayu tapi tidak semestinya moden bagi golongan jin kerana nama2 di atas tu berdasarkan bahasa dan nama2 bangsa arab. bahasa arab adalah bahasa alquran. jadi tidak mustahil golongan jin juga menggunakan nama2 tersebut. sejauh mana boleh mendatangkan penyakit hanya Allah yg mengetahui dan semuanya dengan izin Allah.
dan ni plak dipetik dari facebook Ustaz Zaharuddin.
wallahualam….

    12 Thoughts on “Balqis. Nama Anak Jin?

    1. Isu ni dah beberapa minggu lepas hangat di fb. Saya mmg ada tengok Tanyalah Ustaz masa ustaz sharhan ni bercakap mengenai nama-nama yang patut dielakkan untuk anak-anak. Masa tengok tu takde lah pulak terasa nak kata ‘ustaz ni syirik’ or whatsoever. Cuma pada saya, dia bercakap melalui pengalaman dia sebagai seorg pengamal perubatan. kebanyakan yang datang berubat dengan dia, bernamakan nama2 tersebut. lagi satu, tak perlulah ustaz2 lain nak publishkan kat mana2 berkenaan kenyataan ustaz sharhan, seolah2 masing2 nak tunjukkan kepandaian. #just my 2cent#

      Apapun, Cici adalah comel.

    2. betol tu, penyakit skrg bkn hanya penyakit yg biasa2 ni
      bleh jd penyakit dari hati (perangai mcm setan pn penyakit gak)
      so jgn la gelak2 kan ape org berilmu cakap..

      pasal cici tu, nnt bleh surut ke bengkak dia?
      mmg comel nur cici ni..(cute plak panggil gitu..hehee)

    3. comeyyy cici pakai baju gaun yg aku jahit [eh perasan!]

      pasal nama2 ni, aku takde pendapat peribadi cuma dr dulu pun kadang2 orang2 tua tukar balik nama anak sebab tak sesuai, selalu sakit dan sebagainya. Macam arwah abah aku sendiri ada dua nama which is ada @ kat namanya.

    4. comelllllssss.
      kutey sikit cici ni aci?

    5. kena salahkan buku2 nama islam..sbb tak buat kajian terperinci…
      sbb nama2 yg diberi kat anak tu…kebanyakkannya diambil dari dlm buku2 nama islam tersebut…yelah mana lagi kita nak refer kalau bukan kat dlm buku2 nama islam yg terjual kat kedai tu kan…. ?

      Wallahualam..mudah-mudahan Allah memahami niat yg kita nak beri pada nama anak kita tu..takkanlah kita nak nama anak kita berunsurkan sesuatu yg tidak baik kan….

    6. pa'e faizah on January 17, 2012 at 10:22 am said:

      mak sy ada 2 nama. di IC lain, nama panggilan lain. cuma idak ler ada @ dia IC nya.
      org dulu2 kan suka gitu.

    7. izwanuddin bin leman on January 17, 2012 at 12:24 pm said:

      salam,nama anak saya Nur Qistina Auni,dulu masa pilih nama anak,saya cari dalam buku2 nama islam.sekrang nie dah jadi masalah bila nama (Qistina) ada kaitan dengan nama jin.kawan2 anak di sekolah dah bertanyakan anak saya tentang perkara nie,kesian kat dia.untuk makluman anak saya nie berumur 11 tahun.nak tukar nama anak dalam s/beranak dah tak boleh.bila anak cakap dengan kita pasal perkara nie apa yang saya nak ckp pada dia,pening la pikir pasal nie.

    8. Melatiqistyna on January 18, 2012 at 9:26 am said:

      Errkkk, Nama anak akak melati qistyna…. Tp akak panggil melati, kekdg kalau Dia x menyahut je akak panggil qistyna….huhuhu

    9. hai maya..lama tak jenguk blog maya…risau juga ye pasal nama2 anak yg ada kaitan dgn perkara tak baik nih..hanya mampu berdoa semoga anak2 buah n sepupu yg nama spt dikaitkan tu di lindungi Allah selalu..Amin…dan tak lupa juga aini doakan semoga cici akan sembuh spt anak2 yg lain…dugaan Allah..comelnye cici…*bila la aini nak dpt baby girl nih*..haih…

    10. Assalamu’alaikum.

      Sekadar menjenguk untuk membawa saudara-saudari berfikir. Sila klik artikel ulasan dan analisa saya terhadap dakwaan ini di URL: http://el-ilmy.net/2012/01/18/nama-sebabkan-sering-diganggu-jin-satu-penilaian-semula/

      Sedutan:

      Analisa kes:

      – Dakwaan: sebab nama sekian, manusia itu akan jadi sekian
      – Sunnatullah tidak boleh berubah, dakwaan di atas SEPATUTNYA tidak boleh berubah, jadi: jika nama Najwa, Balqis, Qistina, Arisya, Zaquan dan lain-lain itu PASTI akan sering diganggu jin.
      – Adakah SEMUA MANUSIA BERNAMA NAJWA, BALQIS, QISTINA, ARISYA, ZAQUAN dan lain-lain itu PASTI akan sering diganggu jin?
      – kepastian ini dinafikan dengan nas-nas amalan sunnah? yang fadhilat jika diamal, syaitan tidak menganggunya.

      Bagaimana menjadi syirik? Iaitu apabila dakwaan ini mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah:

      – mudarat dan manfaat semata-mata daripada Allah
      – dakwaan ini mengangkat NAMA MANUSIA sebagai pemberi mudarat dan manfaat TANPA pembuktian sunnatullah, tanpa nas daripada hadith shahih mahupun Al-Quran.
      – NAMA MANUSIA ingin disamakan? dengan sifat tersendiri bagi Allah: memberi mudarat dan manfaat.

    11. ASSALAMUALAIKUM USTAZ …. NAMA SAYA NAMA JIN KA USTAZ TAPI MENGAPA NAMA ……………………………………………………………………………………………………………………………… (G) (F)

      1. Balqis
      2. Qistina/Kistina
      3. Najwa
      4. Zakuan/Zaquan
      5. Batrisya
      6. Erisya
      7. Mazida

    12. PASAL NAMA BALQIS ni ;

      Dalam Surah an-Nahl ayat 34 diceritakan tentang kesuburan
      tanah Saba’ yang dapat mengeluarkan hasil bumi berlipat ganda. Ratu Saba’ yang
      bernama Balqis mempunyai singahsana yang diperbuat daripada emas,
      bertatahkan ratna mutu maknikam dan batu permata yang mahal-mahal. Dikatakan
      bahawa nama ayahnya ialah Shurahil, ibunya daripada bangsa jin bukan manusia.
      Menurut Ath-Tha’labi dan al-Hafiz Ibn Kathir, bapa Ratu Balqis adalah raja besar. la
      enggan berkahwin dengan seorang perempuan Yaman. la telah jatuh cinta dengan
      seorang perempuan jin namanya Rayhanah binti As-Sakn dan melahirkan Ratu
      Balqis. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis ialah Talqamah.
      Setengah pendapat mengatakan Balqamah. ( RUJUKAN : M/S 21, http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF )

      untuk kebaikan, kita xperlu percaya pasal nama2 itu akan membawa penyakit atau kan sering di ganggu jin, cuma kita perlu elakkan je untuk menamakan anak kita dengan nama2 jin. Jadi salah satu cara pencegahannya, elakkan dari memberi nama anak sama seperti nama yang digemari oleh jin.

      Wallahualam..mudah-mudahan Allah memahami niat yg kita nak beri pada nama anak kita tu..takkanlah kita nak nama anak kita berunsurkan sesuatu yg tidak baik kan….

    Post Navigation