Aura Positif

semenjak aku bertudung ni aku boleh rasa kan aura sekeliling aku lebih positif dari sebelumnya.
aku pun tak tahu lah sama ada aura ni datang secara sendiri atau aku yang lebih berfikiran terbuka dan redha.
kita sebagai manusia ni memang banyak sangat kekurangan.
walau macam mana kita cuba untuk jadi yang terbaik, cuba untuk tidak melukakan perasaan orang, cuba untuk disukai ramai, tapi masih tetap akan ada yang tak suka pada kita.
mungkin kita memang tak ada salah apa-apa.
tapi akan ada orang yang membenci kita tanpa sebab yang nyata.
barangkali cara kita berinteraksi dengan mereka, barangkali juga hanya “tak berkenan” dengan kita.
aku pernah dilayan buruk oleh 2 orang officemate yang lebih tua dan sedikit berpangkat.
dikhabar khabarkan pada aku, yang diorang tak suka kerja dengan aku.
taknak berurusan apa apa dengan aku.
atas dasar apa? aku cuma mampu menjungkit bahu.
bila terpaksa berurusan dengan nada marah-marah, menjeling, mengherdik.
pada awalnya aku rasa marah, sakit hati dan benci.
dan selalu kata ‘lantaklah kau sana. kau ingat kau bagus. yada yada yada’
tapi tapi tapi.
persepsi mereka berubah 360 darjah lepas aku bertudung.
like seriously.
mula senyum, mula ketawa, mula ramah dan mula mesra.
malah salah sorang dari mereka kerap kali berkata ‘ awak nampak cantik sangat pakai tudung ‘
and yes, it makes me wonder.
adakah sebab aku tak bertudung dulu, diorang tak suka kan aku?
tak logik.
aku cerita pasal ni pada seorang teman.
teman yang sangat baik dan susah untuk marah.
selalu tersenyum dan tak pernah rasa endah pada kritikan dan cemuhan orang.
dia kata sejak aku bertudung ni aku sangat tone down.
bermaksud sebelum aku bertudung ni aku sangat melaser meh?
aku tak punya jawapan untuk itu.
bertudung atau tidak bertudung bukanlah kayu pengukur budi baik seseorang.
kerana di zaman ini sangat ramai yang bertudung litup tapi hati lebih busuk dari mereka yang tidak bertudung.
aku mahu lebih banyak aura positif datang berangin mengelilingi hidup aku.
dan aku percaya, sekali kita berbuat baik, walaupun tiada balasan, mahupun di keji, kita jangan berputus asa.
Allah SWT itu adil. dan aku percaya kebaikan akan dibalas kebaikan.
bila dan bagaimana. cuma Dia sahaja yang tahu.

7 thoughts on “Aura Positif

  1. ya setuju..hanya DIA yang maha mengetahui.
    dah jadi kawan ni..sis trylah tnya kenapa diaorg x suka sis dulu..hehe.
    sis pakai or tak pakai tudung ke..sy tetap setia mengadap blog sis ni..hiks

Comments are closed.