Appraisal, Bonus dan Dot Dot Dot

macam dah terlambat entry ni, tapi macam la kome tak biasa dengan entry aku yang dah basi kan?
menjelang bulan 12 jer mula lah topik appraisal, bonus dan increment diperkatakan.
tapi benda benda ni confidential, so tak boleh nak diperkatakan secara umum.
tambah pulak dengan keadaan aku yang kontroversi ni.
kontroversi ke kauuu…
kontroversi laaa.. kau mana tahuuu…
ada je stalker kat fb. eh tapi fb sekarang dah tak best.
diorang stalk kat twitter sebab memang aku 24/7 membebel kat situ.
tapi bab bab appraisal bonus ni rasanya aku takde kot bebel kat twitter.
kang semua diprint jadi bahan bukti. apa pun tak boleh!
maka nya aku berdiskusi dengan payiet je la begitu begini.
nak diskusi dengan encik z bukan di layan nau pun aku. ujung ujung kena tazkirah.
dari dulu aku kat department lama pun, appraisal aku tidaklah haibat pun.
yang paling haibat tahun lepas. tu pun aku saspek sebab aku nak tukar department, so boss lama tu kesiannn, dia bagi la up sikit.
sikit jer ponn..
tahun ni? hurmmm.. banyak onak dan duri aku kat department baru ni.
tapi tu la macam aku bagitau tadi, tak boleh nak menaip sesedap tekak. semua di monitor.
walhal ni blog peribadi kan. bagi aku selagi aku tak sebut nama sesiapa, nama jabatan kau tak boleh la asyik nak perasan aku mengata kau jer.
cam kau ni takde kerja lain dok nak perati apa aku buat, apa aku tweet.
so sebenarnya siapa yang takde keje. kau ke aku? aiseyymenn dah tertaip jugak. ishh..
bagi aku senang jer. pada orang orang yang nilai aku, yang bagi markah aku, yang menentukan appraisal aku, yang bertanggungjawab menentukan aku dapat sekian sekian bonus dan increment, kalau diorang memang nilai aku dari segi kerja, then aku terima berapa banyak yang aku dapat tu sebagai ‘setakat itu rezeki aku’
tapi kalau diorang nilai aku dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, dan serangan peribadi, kau jawablah ‘di sana’ nanti.
β€œTakutlah pada doa orang-orang yang teraniaya kerana sesungguhnya antara mereka dan Allah tidak ada hijab (penghalang)” [HR Bukhari].
jadi marilah kita bersyukur dan meneruskan kehidupan dengan aman dan gembira.
hasil duit bonus aku yang bernilai dot dot tu, aku belanjakan ke jalan dibawah :-

: : pertama. beli kasut crocs. RM139. selesa dan bergaya. euw : :

: : sempena krismas, ada cabutan bertuah. aku menang keychain crocs ni. comelll… aku suka. kasut crocs pakai kasut crocs kah kah *gilo : :

: : kedua. tudung ariani. aku borong 10 helai sebab ada 50% diskaun. RM200 : :

: : ketiga. perfume lancome. murah je. RM175. sejak kaktin bagi prezen dulu, terus aku terpesona dengan bau nya. dapat losyen dengan shower cream lagi. jangan jeles : :
itulah motip entry ni sebenarnya.
nak berlagak beli apa dengan duit bonus. kuang kuang kuang. (H)
soalan : berapakah bonus yang saya terima?
sapa tekaΒ  betul aku bagi hadiah sehelai tudung ariani.
#oktata

38 thoughts on “Appraisal, Bonus dan Dot Dot Dot

  1. Ujung taun Sumer org Akan sibuk memperkatakan ttg “itu” …. 2 bulan kot… Apa2 pon rezeki tu, Alhamdulillah….

  2. hamboih hamboih hamboih
    siap senaraikan brgn dibeli tu x tahan..hehe
    seronok lak tgk akak memborong mcm2
    bonus sebulan setengah ni kot..hikhik
    x kisahla bape pun kak, janji dapat..
    mcm sy pun syukur jelah ada gak bonus drpd xde kan..

    • alaaaa dah lama gak akak tak menciwi beli barang shopping2 kan..
      sesekali kasik la cann.. gituu…

      sebulan setengah? salah.
      yer syukur tatap syukur.. πŸ˜‰

  3. nak teka..prime mesti atas 4 kan

    dalam 3 bulan to 5 bolan? ha ha ha
    betul kan betul kan betulkan
    busuk2 pun 3 bulan lah…kan kan kan

    • prime atas 4? biar mimpi sampai ke bintang la konsepnya.
      sila beri jawapan specific. 3.67 bulan. 3.43 bulan. atau 3.89 bulan.
      mampu??? *larikkk…

  4. ok ok..sy nak jawab!
    jawapannya : yg pastinya lebihhhhh banyak dari bonus sy.. πŸ˜€

  5. takmo teka sbb mmg aku da jeles
    πŸ™
    aku xde bonus punggggg

    ape2 pun bersyukur kan..yang dengki sgt kt ko tu, bawak2 la bersyukur ye dok..oopssss

    • lerr cocoi kan ada? mesti vogue da vass gak bonus dia tuh..

      tu la tu, yang mendengki tu udah2 ler.
      mak ni pembantu tadbir je. bukan pembantu pengurus.
      motip sangat mendengki dgn pembantu tadbir ni kan?

  6. Hem…kalau bawah 4…mesti dapat 3.16 bulan…ha..ha..berani ke mengaku dapat berapa dik ooii…sah..sah nanti orang tahu berapa markah awak…..tak gitu….apa pun…memang bahagia bershopping dengan duit banyak kan??

    • hahah.
      tau ja la kak.. orang2 office kita ni ramai yang kepohchi.
      silap2 ada yang amik calculator dok mengira. tak sesuweyy..

  7. kita saje la teka…mana la tahu dapat tudung hahahaa

    3.75 ekekekkee

    kak, lawa plak rambut yaya tu…berkenan kite πŸ˜€

  8. sama lah.. ai pon dah terbeli tudung ariani. sebelum nih tak pernah beli. 50% punya pasal. hehe

    • kalau tak beli rugi plak rasa, walaupun taktau pakai ke tak kan.
      beli dulu, pakai tu fikir kemudian he he..

Comments are closed.