Apa Pun Tak Boleh! Boleh Blah!

Aku kawan ngan ko, ko tak kawan ngan dia, dia musuhi aku, aku tak suka dia, ko tak gemar aku, pening? padan muka.
Terserah bulat bulat taik kambing bulat bulat
Nyata, sifatnya upama pembedahan komestik. Ubah sana sini, hilang rupa asal.
Jikalau itu wajah asal, mungkin dilahirkan sebegitu bersama sifat yang begitu.
untung tak perlu pembedahan komestik, sangat beruntung
Gua tarak heran apa nak jadi
tapi orang awam jadi tukang heran dengan hasil pembedahan komestik itu
Orang orang lama kata, jangan ludah ke langit, selang beberapa saat,
pelepak terkena wajah kesayangan tuan hamba sendiri
Dah hilang seri pembedahan komestik
Orang awam jadi tukang geli geleman hasil ludahan tersebut
Gua macam biasa berdiri satu sudut, senyum buat buat sambil belek belek telefon bimbit
Tanyalah sama maruah, adakah beliau selesa begini?
Tanyalah sama hati ada tiada sekelumit rasa janggal
Tanya sama mulut, sampai bila mampu tersenyum kepalsuan
Jangan tanya sama diri sendiri, kelak binasa lah dengan jawapan yang diberi
hari ini kau lah yang terbaik, mengungguli carta papan atas, bulan depan kau ditangga tercorot
silap aribulan bertukar carta masuk carta penjenayah
Tapi tanya lah pada fikiran, insyaallah dia akan menjawab
Persengketaan dan pembedahan plastik ini bakal menjadi satu kisah epik
Tahun 2025 boleh dibikin filem
7 keturunan bisa berbuih mulut bercerita
Kalau tanya sama gua, jawapan paling tepat
Gua tak rugi satu sen mahupun setitik keringat peluh petani
Jikalau hilang sahabat sebegitu
kredit : http://farikhmanzora.blogspot.com
P/S : senyum je laaaa…

5 thoughts on “Apa Pun Tak Boleh! Boleh Blah!

Comments are closed.