Anda Telah diBlocked

korang pernah tak.. macam tengah dok lepak lepak kat facebook baca status kengkawan, tengok gambar kengkawan.
tetiba macam perasan si A jawab komen si B, tapi kau tak nampak profile si B tu. pernah tak?
kalau pernah bagus, nasib kita serupa.
maknanya si B sudah block kita la. terang dan nyata.
tadi la. aku dok tengok wall kengkawan, tetiba terperasan.
memula tu cam curious jugak la nak tau siapakah gerangan yang telah memblock aku ini?
try log in guna akaun fb encik z.
pun tak dapat nengok. maknanya dia block encik z jugak la tu.
ok takpe.
tapi tu la godek punya godek, akhirnya terjumpa.
terus cam ” ohhhh…. dia ni yang block aku rupanya”
sentap? kecik hati?
perlu ke? tak kot.
meremove dan memblock di facebook adalah hak milik setiap insan.
tapi tipu la kalau takde cam terdetik sikit.
tak friend tu dah la kan, kena block jugak meh?
aku ni ada rupa stalker kah?
tapi yang best nya, dia masih friend dengan kawan aku yang langsung dia tak pernah jumpa.
terus cam ermmmmm… motip?

12 thoughts on “Anda Telah diBlocked

  1. wakakkaka..aku dah penah kena ni..pastu nak menipu plak..kata tak tau apa FB aku, x ada sebab nak block aku..aku bukan baru dua minggu guna FB ni..(walaupun aku jahil IT), tapi setelah diselidiki, setelah melakukan beberapa ujian saringan gitu..CONFIRMED itu olang sudah BLOCKED aku..biarlah, orang bila depan cakap lemah lembut ni..payah arr..ahakkkss

  2. tp kadang2 makhluk yang block org ni x berapa nk bijak laa tindakan dia..espcially yang golongan kawan2 ni..hehe

    but as we said…hak dia..asalkan dia bahagia 🙂

  3. if masa friend dulu pun tak diminta..skrg nak unfriend pun tak dihalang. suka hati. negara demokrasi meh!

Comments are closed.