1 Januari 2012

uishh.. dah dekat pukul 3 pagi.
jam 3 pagi pada 1 januari 2012.
gigih berjaga. motif?
takde la motif pun.
tadi subscribe filem ombak rindu kat astro first.
tayangan midnite. pukul 12 tengah malam.
baru habis pukul 2 pagi tadi.
pastu on netbook blogwalking.
lama aku tak komen komen kat blog orang.
aku ni tak kedekut komen, cuma tu la masa mencemburui.
baca pun selalu laju laju pastu tutup.
ni pun tengah susah hati memikirkan banyak gila kot cerita aku nak kena update.
walaupun ada ke orang kisah aku update ke tak kan.
eh tapi blog aku, aku punya suka lah <<— oh yeah?
ombak rindu? biasa je kot.
takde plak aku nangis or tersedu sedu.
tapi ada la sikit touching masa aaron aziz jumpa maya karin dalam bilik kat rumah pak dollah tu.
tu je lah.
aku rasa kan, urat sedih dan urat kelakar aku dah putus la.
tengok cerita sedih tak rasa sedih, tengok maharajalawak mega tak rasa nak gelak.
faktor usia? <<– asal emosi tak stabil je salahkan usia. kesian usia.
apa apa pun selamat tahun baru 2012.
lagi 18 hari cukuplah umur aku 33 tahun.
kira jangan tak kira.
oh kenduri kahwin adil & yana siang tadi berjalan lancar.
terima kasih yang sudi datang.
yang tak sudi tu takpela, takkan nak paksa yer dok..
ok la nak tidur sekarang.
kang makin banyak menaip makin merepek pula nanti.
😉

8 thoughts on “1 Januari 2012

  1. aku pun takde ler nangis tersedu nak lap airmata bagai.. ke sebab aku layan sorang2 kat opis so feel dia laiin?

    yang pasti, aku download jer (C)

Comments are closed.