Yaya & Motivasi Al Quran :-)

sepanjang minggu ke 2 bulan 12 hari tu aku hantar yaya masuk program motivasi al quran kat lanai kijang.
program seminggu isnin sampai jumaat. 8.30 pagi sampai 5.30 petang.
masa hari pertama tu of coz cam risau risau sikit.
tapi bila dia dah dapat kawan, aku cam ok dah. kena ajar jugak la dia berdikari kan.

: : hari pertama : :

: : dalam hall : :
hari pertama lunch time tu je la aku gi jenguk dia.
makan nasi ayam dengan kawan kawan.
oh yer pergi aku hantar sebab encik z masuk kerja awal.
balik je encik z jemput dia dan terus hantar kat office aku sementara tunggu pukul 6 petang aku balik.

: : makan seaweed yang diberi oleh uncle yiet : :

: : hari ke 2 : :
hari pertama aku bawak yaya gi breakfast dulu kat cafe sebab ingatkan takde breakfast. rupanya ada. sebab takdak plak tulis dalam jadual.
tapi ok la, merasa anak aku masuk dan makan dalam lanai.
sebab kalau ikutkan rules, budak budak bawah umur 12 tahun memang tak boleh masuk lanai.
hari kedua plak, lepas hantar dia masuk kelas, aku lepak sensorang kat cafe breakfast.
pekena nasi lemak bungkus dan milo ais yang lazat menjilat straw.
2 tudung pink dengan coklat tu aku beli kat muaz textile. RM4.80 sehelai.
tapi tidak ler aku tau yang kepala anak haku tu besau. sarung sarung tak muat.
sudahnya aku tetas kat bawah dagu tu, tapi dah pelik semacam plak jadinya.
adoiyainyer pun. menjawab la pepagi nak siapkan dia aku bebel bebel hukss..

: : hari ke 3. pakai tudung yang kak as bagi kat aku. amik la habuan ber pin bagai huhu : :

: : hari ke 4. tak buat homework kat rumah, pepagi baru kekocoh siapkan kat kelas : :

: : petang kat office aku, tolong asah pensil. abaikan rambut dia yang kusut tu : :
hari ke 4 balik office gi giant cari tudung molek untuk dia.
matiklah dah hari terakhir baru nak cari tudung kan.
baru dapat yang ngam ngam dengan kepala dia yang besau itu.
yer kepala itu diwarisi dari saya.

: : hari terakhir : :
pukul 5 petang jumaat tu ada sessi untuk ibu bapa.
so pegi lah menadah telinga dengar ustaz berceramah.
pastu ada segmen budak budak ni kena tulis nota terima kasih pada orang yang dorang sayang.
yaya pun tulis untuk aku.
datang hantar nota tu kat aku pastu peluk aku nangis.
sensitif anak aku ni. ikut perangai siapa ntah.

: : nota untuk mommy : :

: : bersama kawan baik sepanjang program. dayangku aishah : :

: : aishahΒ  ni anak nya si ayud πŸ™‚ : :

: :Β  pembahagian hadiah hamper untuk grup dia. kumpulan solehah katanya. dapat award kumpulan paling manja. aterr dah semua nya kenit cenonit : :

: : pilih gambar untuk dibeli : :

: : cuba cari di mana yaya : :
semoga yaya mendapat manfaat lah daripada program motivasi al quran ni.
yang baik kita jadikan teladan, yang kekurangan kita sama sama lah maafkan.
dari lanai kijang tak terus balik rumah.
aku dengan encik z memasing kena OT siapkan kerja.
so heretlah jugak yaya ke office sampai pukul 9 malam camtu.

: : workstation ku yang kusut : :
tapi sekarang kepala otak lega sekejap dari kekusutan.
tahun depan baru kita sambung kusut balik.

16 thoughts on “Yaya & Motivasi Al Quran :-)

  1. nape pula kat nota tu ditulis ibu..tidak mommy?
    sensitippp tu pun ikut perangai amaknya jugak kottt.. *lariikkkkkk* πŸ˜›

  2. sedih tgk gambar yaya peluk mommy tu….
    kecik2 dah ada rasa sensitif…bagusnya…
    qis jugak kengkadang tu suka melawan cakap ibu dia huhu ;(

  3. “datang hantar nota tu kat aku pastu peluk aku nangis”…sebak ai baca nota untuk kamu maya.. ;-(
    senang jer cari yaya…duk tengah2..baju yang dipakai pada hari pertama pembelajaran.. kurung merah tudung pink.. πŸ˜‰

Comments are closed.