Update Hari Ini

hari ni adalah hari yang panjang.
seawal pukul 10.30 pagi aku dengan yaya dah keluar rumah gi LEP amik mama, kaklong & caca.
terus ke semua house.
diorang nak beli barang barang untuk kenduri adil kat taiping nanti ni.
macam last minute betul kan.
aku memang tak campur lah. aku jadi drebar je.
masa diorang shopping kat semua house aku sempat la ronda ronda cari kain untuk buat dress yaya, caca & cici nanti.

tetengok berkotak kotak dah rupanya mereka membeli belah.
aku gi amik kereta, then budak budak sayang you tolak barang guna troli.
terus sumbat dalam myavi. padat kot!

dari semua house ke krismaya dan KK mart kat rampai business park.
pun berejam rejam jugak dorang shopping.
kemudian ke carrefour sebab kaklong nak belikan mama jubah untuk wedding jugak nanti la.
aku ni taktau lagi lah nak pakai baju apa nya.
semua pun last minute. pfttt…

dari carrefour singgah B & O plak beli barang barang basah.
lagi la padat sepadat padatnya myavi aku tu.
caca kata mommy kena beli lori la lepas ni.
iya iya la. tunggu hutang myavi ni habis lagi 2 tahun, mommy up lori yerr..

sampai rumah pukul 9 malam.
layan masterchef. layan CSI.
dan blogwalking.
sorry masih belum ada mood nak transfer gambar dan update cerita panjang lebar.

korang kerja kan?
aku jadi suri rumah sampai 3hb januari nanti.
jangan chemburu 🙂

8 thoughts on “Update Hari Ini

  1. sesuaiii baju caca pergi KK mart tuu, english style katanya… hehhehe
    Caca amik kaler itam ke kalaer pink.. aku confuse.. so Yaya pakai baju yg pendek laa erk? pendek skit jer pun kan? mcm dah nak sama tinggi dah pun Yaya & Caca

Comments are closed.