Tugu Negara & Memorial Tun Hussein Onn

ni cerita masa cuti 3 hari hari tu.
kisah hari sabtu.
memasing iaitu aku dan encik z bangun dah melewat sebab malam tadinya balik pukul 1 lebih pagi.
tu nanti entry lain ya.
tapi yaya awal pagi dah bangun. biasalah budak kan.
gamaknya memang dah set dalam kepala depa kena bangun awal pagi.
dia sendiri la bukak tv, main sorang sorang. huhu..
bebangun tu aku bagi dia makan cornflakes dengan fresh milk.
menjelang tengah hari dia tanya ‘mommy tak masak nasi ke’?
aku nak masak okkk.. tapi encik z yang tak bagi. katanya, ‘bersiap! makan kat luar’
bersiap la kami anak beranak dalam keadaan kegigilan sebab kelaparan.
gi makan nasi ayam kat che tat nasi ayam jer.
puas hati dapat makan sampai ke tulang tulang ayam kalau boleh nak digigit.
lepas makan terus ke tugu negara. impromptu punya plan tu.
mandangkan dah pukul 3 petang camtu kan, mana laie tempat untuk menimba ilmu untuk dituju.
sesambil dalam perjalanan, aku explain la apa ke bendanya tugu negara tu pada yaya.
tak lama pun kat tugu negara ni. dalam 20 minit jer kot sebab hujan sudah mula membasahi bumi.
terus menuju ke memorial tun hussein onn.
siapa pembaca tegar blog aku mesti ingat cuti sekolah lepas aku dah bawak yaya gi memorial tunku abdul rahman. so ini kali ke memorial tun hussein onn lah pula.
sekangkang monyet je dari office aku tu  hah.

: : bersungguh sungguh yaya sign guest book : :

: : dipegang tangan ayahnya nggak mau lepas : :

: : tak cukup pegang tangan, di kaut kaki ayahnya takut ayahnya lari : :
bukan apa, sebelum sebelum ni aku ngan encik z selalu main sembunyi sembunyi bila dia leka.
tu yang dia cam berhati hati kot takut ditinggalkan lagi he he he.
tapi kan, jangan kata dia, aku pun seram kot duduk dalam ni.
dah pukul 4 lebih petang camtu, seorang umat manusia pun takde.
dengan barang barang lama, patung patung, memang agak scary kot.
lepas lepas tu dengan aku aku sekali dok kaut kaki encik z ngeh  ngeh ngeh.
korang, aku pakai beg baru. dibeli guna voucher sogo hari tu la.
jenama vincci je, tapi aku suka. eh baju pun baju baru tau.. :-p
tudung pun. baru pakai 2 kali.

: : hadiah dari kerajaan cina. emas 24karat. kau mampu hadiahkan kat orang camni? : :

: : nice quote huh? : :
dari memorial tun hussein onn, kami ke taman tasik permaisuri.
mau minum cendol dan makan sengkuang kacang.
disamping nak tunjukkan kat yaya playground yang sebesar alam ini.

: : gembira seorang anak : :

: : minum cendol : :
menjelang maghrib, kitorang gerak balik.
tapau makanan kat tanjung @ rampai sebab yaya sibuk nak tengok masterchef.
hari yang indah untuk kami 3 beranak 😉

12 thoughts on “Tugu Negara & Memorial Tun Hussein Onn

    • lagi berpaedah kot dari gi shopping mall.
      kang anak besau asyik la nak ke shopping mall sesaja kan..
      ceni biar dia berhati patriotik sikit he he he..

Comments are closed.