Ke Planetarium Negara

hari ahad kami ke planetarium negara.
uishh bapak lama kot aku tak gi sini. rasa last dulu masa rombongan sekolah form 5 kot.
dari parking nak menapak ke planetarium kena daki tangga yang bapak tingginya hoih.
balik tu terus kejung betis aku. pffttt…

: : selamat datang ke planetarium negara : :
bayaran masuk untuk dewasa cuma seringgit jer.
tapi ada tambahan bayaran kalau kau nak tengok show nya.
boleh refer gambar bawah ya.

: : yaya yang terkagum kagum dengan sains dan teknologi di sini : :

: : aku pun terkagum sama. aternya masa sekolah dulu belajar sains tak berapa nak pandai. heh : :

: : astronomers without borders dari merata dunia : :
akhbar planetarium negara tahun 2020.
piala dunia milik malaysia tak boleh blaaa..
tapi sapa tau kan??

: : gambar orang orang ni aku rasa pernah keluar kat filem armageddon kot kan? ketujuh tujuh mati masa the shuttle broke apart hukss : :

: : toilet di angkasa lepas : :

: : poyo. feel feel angkasawan tidur di angkasa : :

: : kapsul soyuz : :
lepas dah puas jalan, kitorang naik ke atas. ke menara tinjauan katanya.
tapi tidaklah tinggi benau. tapi boleh la nampak sekeliling area dedekat.
pastu gi nonton show solar storms.
bapak hebat oh hall dia. kita sandar pandang ke syiling nengok show pasal matahari.
show selama setengah jam. seriyus adalah amat best.
banyak benda yang ko tak tau, bila nonton show ni cam ooooo begitu rupanya.
so pada mak mak apak apak yang tak tau nak bawak anak anak gi mana cuti sekolah ni, boleh la bawak ke planetarium negara ni yer.
takkan asyik nak bawak anak anak gi shopping mall je kan.
tak boleh la nak ikut kepala kita jer. kepala anak-anak sesekali kena ikut juga 😉
dari planetarium negara ke klcc.
memula ingat nak gi sogo je makan manhattan fish.
sudahnya divert ke klcc sebab jalan masuk ke sogo jem menggila.
makan kat chillis.

: : yaya makan sphagetti : :

: : triple play dan trio apa ntah namanya tu : :
kemain lagi tekak orang ada ada kan. walhal adooo..
sekali sekala boleh la kot eh. tekak manusia, sesekali ada teringin makanan mencekik darah ceni jugak.
pusing pusing jap dalam KLCC, kemudian bergerak pulang.
masih hari yang indah untuk kami 3 beranak 🙂

10 thoughts on “Ke Planetarium Negara

Comments are closed.