Jom Heboh!

sabtu lepas yaya ngan encik z awal pagi dah keluar gi KLCC. mau beli popcorn garret yang sedap itu.
aku sesiap kat rumah, diorang balik dari KLCC terus amik aku kat rumah dan terus zass ke hospital tawakal.

tapi kitorang gi terlambat lah, klinik ENT tu dah tutup.
haishh.. terpaksa postpone ke this week lah nampaknya.
kemudian pergi lunch dekat kedai makan kat titiwangsa yang ada petai gergasi tu.

kemudian ke jalan TAR sebab aku mau cari tudung untuk yaya.
dia nak attend bengkel motivasi al quran nanti, tapi takde tudung.
encik z drop aku je kat muaz textile, dapat 3 helai tudung terus aku menapak ke sogo.
diorang tunggu kat sogo.
ronda kejap dalam sogo dengan manusia punya la meramai.
zass terus ke LEP rumah kaklong.

amik caca & kaklong sebab mau gi jom heboh kat bukit jalil.
berzaman kot aku tak pegi jom heboh ni.
adalah seronok sebab boleh beli barang dengan harga murah murah.

tak snap gambar pun.
ni semua gambar dari handphone yang aku upload terus ke facebook. ok la buat menhiasi entry eh..


: : dah tak nampak tulisan heboh : :


: : ada petting zoo kat sini : :


: : barangan yang dishopping + mekap silkygirl : :

beli biskut, ribena, biskut, jajan.
penuh stok kat rumah dan dalam fridge.
mekap silky girl pun murah murah. so aku kaut 4,5 barang.


: : nak sangat bergambar kat keris : :

kat sini aku terpisah ngan kaklong & caca, tu sebab takde gambar caca.
menjelang maghrib, kitorang pun gerak.
tapi nak gerak keluar dari parking tu pun punyalah hazab.

last last aku alihkan kon lalu suruh encik z keluar tanpa rasa bersalah.
tak sangka pastu belakang kereta berduyun duyun follow.
yaya tak habis habis “mommy hebat, mommy hebat”
eueuueuueeuwww…

dari bukit jalil amik abang long kat rumah, gi dinner kat beriyani gam johor.
dia punya kambing mangaiiii.. bapak sedap hoihh..
lepas makan kenyang kenyang, gerak balik.
gitu ler ceritanya. heboh dok?

18 thoughts on “Jom Heboh!

    • awak ingat akak suka bersesak?
      tapi ok la akak pegi petang tu tak berapa sesak.
      akak rasa malam kot menyesak sebab orang nak tgk konsert.
      menyesak sudahnya. pencemaran bahasa sungguh..

  1. selama wujudnya jom heboh nie..dulu dikenali sure heboh…baru sekali je pegi masa dibkt jalil tahun bape udah lupe…tapi hazabnya ingat sampai la nie…kunun tk mau bwak kete sure parking jauh nk menapak..naik tren…sama gak..hazab dalam tren pergi balik..

Comments are closed.