Bangi Kopitiam?

sebelum pergi darussyifa’ tu, kami anak beranak breakfast kat bangi kopitiam.
sampai sampai je, kitorang pun duduk lah. kemudian menggamit la pekerja kedai tu nak order makan.
ada 2 orang aku gamit. dedua pun buat isyarat tangan suruh tunggu.
tapi sibuk mengelap dan mengangkat pinggan.
takkan tak boleh tinggal dulu meja kotor tu memandangkan customer pun tak ramai.
aku gamit lagi. buat dono.
ok la yang tengah lap meja tu tengah buat kerja jugak kan.
yang berdiri tepi kaunter tu, bila encik z gamit buat buat tak nampak plak.
apakah?
walhal staffnya ramai tau.
last last encik z gi sendiri kat kaunter amik buku menu.

: : yaya memang suka menulis order sekarang ni : :

: : order simple je nak ngalas perut : :
ini bukan aku tulis k.
ini memang dah ada dalam buku menu tu.
maksudnya bukan aku je la komplen kat sini kot?
ada orang lain jugak lah kan?
bangi kopitiam, improve boleh?

10 thoughts on “Bangi Kopitiam?

Comments are closed.