Al Fatihah…

hari khamis lepas kami sekeluarga menerima berita dari taiping bagitau yang tok (mak kepada mama) dimasukkan ke ICU sebab tekanan darah rendah.
tak sampai 2 jam lepas tu sekali lagi kami menerima panggilan memberitahu yang tok dah pun kembali ke rahmatullah.
masa mula mula dapat berita tu aku still ok.
tapi bila dah balik taiping, dah sampai ke rumah tok rasa satu macam perasaan.
lepas ni takkan ada lagi dah suara tok berborak, suara dia panggil ajak makan, suara dia bercerita itu ini.
selepas ni rumah tok yang pernah satu satu masa seramai 9 keluarga berkumpul akan sunyi.
al fatihah untuk allahyarhamah solehah binti ramli.
meninggalkan kami sekeluarga pada usia beliau 77 tahun.
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman.
insyaAllah……

14 thoughts on “Al Fatihah…

Comments are closed.