Salam AidilAdha

kebetulan hari raya haji tahun ni jatuh hari ahad kan.
so dapat cuti sebelum dan cuti selepas.
tu yang gigih jugak aku ngan encik z balik taiping.
cam tahun lepas kan raya haji jatuh tengah minggu.
kitorang raya KL jer. remember?

ok pagi raya takde apa sangat.
encik z tak leh gi solat raya.
aku pun stay jer. mama ngan adil je pergi.
pas diorang balik, makan makan.
mama masak nasi himpit, kuah kacang, sayur lodeh.
ada gak rendang ayam ngan rendang daging sikit.

pastu dah kekelam kabut nak keluar ke rumah tok.
sebab mak teh ngan pakteh sudah mahu bergerak pulang.
so mau kekejaran la untuk berjumpa.
tapi sebelum tu sempat lagi bergambar ya.


: : without kaklong sekeluarga : :


: : yours truly, yaya, encik z : :

baju yang aku pakai tu kainnya aku beli kat brunei pertengahan tahun hari tu.
yaya plak recycle baju kebaya yang dia pakai masa kenduri kahwin aku hari tu.
dan encik z pakai baju melayu sambutan maulidur rasul kat office.
belasah je la kan.

sib baik yaya tak amukan raksaksa sebab takde baju baru.
ke dia takut ngan aku tak berani nak amukan? heh.
apa apa pun, mommy sorry ya sayang.

lalu bergerak ke rumah tok.
yaya ni sekarang mengalami sindrom pening kepala kalau naik kereta dan bau aircond.
memang selalu kena standby plastik dalam kereta takut dia muntah.
tu tengah bau vicks.
encik z kata dah tengah macam minum vicks plak gambar ni.

sampai kat rumah tok.
lepak kejap. pastu terus gerak ke junjung kulim.

ke junjung sebab mau pas kan kad jemputan kahwin adil.
dan of coz la di samping melawat sanak saudara.
tak silap aku ni rumah adik beradik tok.
tapi dah lupa la kakak ke, adik ke, abang ke.
matikk la tak kenal saudara mara.
aku memang. 🙁

kat sini sup daging, nasi daging, sambal daging dengan air asam. phewww… sedap plisssss…
pastu lepak lepak tunggu hujan yang melebat mereda, dan gerak pulang.

eh tidaklah gerak pulang.
singgah kat semanggol rumah mak long.
memang wajib ni singgah.
tapi baru perasan takde sekeping gambar pun snap kat rumah maklong. apakah……
tapi yang penting makan lagi.
satay, bihun sup, puding, lemang.
hampir hampir perut nak meletup kot.

keesokan harinya pula.
mama masak sup daging.
dimakan bersama nasi panas.
dan mama masak laksa jugak.
terbaik terbaik.
so kerjanya makan makan makan makan.
pendek kata selagi tak tutup mata, makan sesaja.

encik z kata nak bertolak balik KL tetengah malam.
sebab nak elakkan jem.
dia ok la sebab dia MC kannn..
so tak kisah la sampai KL pukul berapa pun.
tapi aku pun boleh jer nganga tidur dalam kereta he he he.

tengah hari keluar gi taiping sentral.
mau bawak yaya nonton movie.
movie yang bersesuaian adalah alamak toyol.
layannnn….

eh ini bukan toyol.
ini anak saya.

baru teringat sebelum nonton gi makan mcdonalds dulu.
sebenarnya taknak makan sangat pun, sebab nak tunggu waktu tayangan lambat lagi, tu yang melepak dulu.
baju yaya tu aku beli kat sogo untuk budak umur 4 tahun.
kau bayangkan cemana anak aku yang umur 7 tahun tu boleh muat pakai?
kurus benau awak yasmin.

cerita alamak toyol ni ok jugak yer.
aku awal awal dok bayangkan mesti cam terhapa hapa.
tapi takde ah.
best la. banyak adegan gelak spontan gitu.
memang sesuai untuk bawak anak anak gi nonton.

malam tu bertolak balik pukul 11 malam camtu.
sampai KL pukul 3 pagi.
memang aku tidur jer sepanjang jalan.
sian encik z. tapi what to do.
dah wife nya kaki penidur.

and untuk korang.
salam aidiladha.
semoga kita ikhlas memberi dan menerima pengorbanan dari orang yang kita sayang.
jika pengorbanan yang kita beri masih belum dihargai, bersabarlah.
cepat atau lambat masanya akan tiba.
Allah SWT tidak pernah dan tidak akan menzalimi hambaNya.

memetik kata wardina, semoga semua sifat buruk yang ada dalam diri kita terkorban bersama lembu lembu yang dikorbankan #justsaying 🙂

6 thoughts on “Salam AidilAdha

Comments are closed.