Retro Keww??

last friday aku gi lanai kijang untuk hi tea puspanita.
janji janjian sama lina, kak wan & kaktin.
sebelum tu udah dapat doorgift.
seketul beg lip lap dan sebotol air bertajuk tupperware.

aku saspek beg lip lap tu nak bersejajarkan dengan tema retro petang tu.
apa apa je la kan.
yang pasti beg tu aku dah bagi kat yaya suruh dia letak barang barang dia. heh.

takde nya aku nak bertema retro bagai.
cukuplah pengalaman tahun lepas yang tiba tiba dipanggil naik atas stage.
cukuplah sekali… me dont want!
maka nya pakai jubah sudah.
yer itu jubah baru yang belum pernah dipakai laie :p


: : pintu masuk bertema retro : :


: : ada vespa jua : :


: : dengan kaktin : :


: : lagi dengan kaktin di meja makan : :


: : rakan sejabatan. kak wan & lina : :


: : bekas rakan sejabatan di myclear. kakzu, kak ejan dan ikin. rindu dorang! rindu myclear! huhu : :


: : setiap sorang dapat seketul kek lapis ini : :


: : lalu majlis pun bermula : :

tahun ni adalah extra best sebab makanan semua dihidangkan dalam hall.
selalu tetahun lepas makanan semua pun kat luar, so merengkeh rengkeh la kena keluar semua.
ini kali selangkah 2 dah sampai ke tempat makanan.


: : laksa johor dan ABC yang captain marveles : :

aternya tema retro so performance pun semua retro retro la.
tapi table kitorang yang paling tak sporting nak tepuk tangan. boleh?
whatever!
yang penting aku dapat makan, dan dapat cabut dari office sudah.

dan yeayy.. dapat lucky draw.
walaupun sekadar mug comel, tapi tetap syukur.
ok la dari takde kan..
selalu pun kalau hi tea puspanita nama aku selalu naik.
cer annual dinner, haramm…

tahun depan tema apa la plak.
dan apa plak rupa paras romannya korang berpakaian eh?

14 thoughts on “Retro Keww??

  1. selain dr mesyuarat tahunan puspanita, smlm la baru sekali join aktiviti anjuran dorang2 ni.
    wpun yuran tak pernah missed. yg selalu missed adalah goodies bag masa meeting. benci!

Comments are closed.