Petai Gergasi

sabtu lepas gi lunch kat titiwangsa.
kedai makan tepi jalan jer.
tak sure aku ada nama ke tak kedai tu. rasa macam takde.
kalau ada pun mungkin cam kedai kak jah atau kedai kak mah camtu.
berdepan dengan istana budaya.

ada penah 3,4 kali kot makan sini.
suka sebab banyak pilihan lauk pauk.
di hari kejadian aku amik nasi putih, ulam ulaman termasuk petai.
dan siput seduk masak lemak.

masa aku amik petai tu idok ler nampak sangat petai tu besar.
sekali bila dikupas.
hah amik kauuu…
aku rasa petai terbesar aku pernah jumpa.
penuh 2 jari jemari aku.

dah la aku amik 4 bijik.
sedap memang la sedap.
aku memang suka petai.
kalau kau tak suka, itu kau punya suka.
yer aku tau lepas makan petai mulut bau lah, kencing hancing lah tapi dulikk..
aku tatapp suka petai.

bukan kata petai je kot.
segala macam ulam ulaman semua aku bedal.
bukan setakat untuk awet muda jer tapi untuk kesihatan dalaman jugak tau 😀

lepas makan terus zasss ke ikea.
janji mau jumpa kaklong pas kan barang-barang dia yang mama kirim dari taiping.
termasuk sup daging korban yang dah berjaman dalam freezer haku.

rindu sangat kat caca maka nya bila dapat jumpa rindu adalah terhenti.
*background lagu rindu terhenti tomok
cici takde. dia kat raub sana dengan bibik.

sebut pasal cici, ni xray kepala dia.
yang ketumbuhan (aku taktau nak panggil apa) kat pipi dia tu ada mengecut sikit.
hari tu dah warded kat hospital taiping.
doktor sana cek gitu gini.
katanya boleh kalau nak buat operation.
nak tunggu sampai 2 tahun pun boleh.

doktor keluarkan reference letter untuk dibawa ke PPUM.
jadi sekarang terpulang pada kaklong sekeluarga lah sama ada nak operation atau tunggu.
walau cemana pun semua akan dibuat lepas kenduri adil nanti.
sekarang cam rushing rushing banyak benda nak settle kan..

lepak kat foodcourt ikea jap makan meatballs dan borak borak dengan kaklong.
pastu zass pulang.
tapi tak pulang terus lah.
ingat nak makan kat jusco wangsa maju tu.
tapi elok lepas solat maghrib, baca tweet.
lalu rancangan bertukar sekelip mata.

TBC…

14 thoughts on “Petai Gergasi

      • a’ah memang kedai tu lebih sinonim dgn gelaran kedai makcik masam.
        kata kawan sy, sbb makcik tu mmg masam je mukanya taknak senyum.

        • sudahnya.
          sib baik makanannya sedap.
          kalau tak, dah la muka masam, makanan pula tak sedap, memang gulung la kan…

Comments are closed.