Murah Rezeki, Mudah ke Syurga

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Solat sunat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat Dhuha itu melainkan orang-orang yang bertaubat.”

Imam Tarmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bersolat sunat Dhuha secara rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT.”
(Riwayat Tabrani)

Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: “Pada dirimanusia itu ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.”

Para sahabat bertanya, siapakah yang terdaya melakukannya ya Rasulullah? Lalu baginda bersabda:
“Boleh juga dilakukan dengan menahan kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalanan, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat solat sunat Dhuha cukup baginya.”

Doa selepas sunat sunat Dhuha

Ya Allah

Sesungguhnya waktu Dhuha
itu waktu DhuhaMu
Kecantikannya adalah kecantikanMu
Keindahan itu keindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu
Kekuasaan itu
kekuasaanMu
Dan perlindungan itu perlindunganMu

Ya Allah

jika rezekiku masih di langit
Turunkanlah
Dan jika di dalam bumi
Keluarkanlah
Jika sukar
Permudahkanlah
Jika haram
Sucikanlah
Dan jika jauh
Dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan
Keindahan
Kekuatan
KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu
yang soleh

8 thoughts on “Murah Rezeki, Mudah ke Syurga

  1. kagum dgn sorang makcik sy ni..x pernah tinggal solat dhuha.
    sy pulak smpai saat ni masih belum pernah solat dhuha ni..rupa2ya besar gnjaran pd siapa yg mengerjakan solat dhuha ni yer

Comments are closed.