Moero Attack!

dalam 2,3 minggu lepas kot 4 kali aku turun gym.
eh tapi bukan la sebab aku yang nak bersukan.
tapi sebab mau nonton game volleyball.
memula kaktin punya game. pastu encik z plak.

: : ini game kaktin. tetapi kaktin cuma mampu memanaskan kerusi pemain simpanan : :


: : ini game encik z. tapi encik z cuma mampu bermain 15 minit pertama : :

lepas 15 minit pertama, beliau sudah terjelepok.
beliau sudah jatuh tertomoih di atas seorang pemain lain.
jatuh kaki atas kaki. gitu la kekiranya.
yang follow twitter aku tau la aku dah tweet pasal ni.
ingatkan kot sikit jer kecederaannya. rupanya agak berat.
berapa berat?
baca entry ni sampai habis.

malam tu gak gi klinik. doktor sudah bagi MC satu hari. bagi ubat tahan sakit semua.
tapi takde buat x ray bagai pun. doktor kata takde yang patah riuk.
lusanya encik z kata kaki dia masih berdenyut.
so aku kata gi je la jumpa specialist. dapat GL dia pun bergegas ke hospital tawakkal.
baru buat x ray. tapi still la takde yang patah.
tapi tapi tapi.
urat urat halus kat pergelangan kaki encik z sudah putus. haisyoo la.
tapi doktor kata jangan risau, urat tu semua akan bercantum sendiri.
tapi amik masa la.
amik masa berapa lama? baca entry ni sampai habis.

sedikit selingan.
aku kan. tabik spring betul dengan orang yang terror main volleyball ni.
dulu masa sekolah ada jugak aku try, tapi toksey ler.
sakit kot tangan. huhu.
pastu bila tengok game volleyball ni dia punya berdebar lain macam lah.
expecially masa serve dan spike. nervous ok nervousssss… tak sukerrr…

pastu pastu kan. korang dulu kekecik tengok tak drama moero attack?
yang tiap kali watak utama tu nak spike dia jerit sommersault!!!
siap balik sekolah agama petang kan, lari laju laju nak sampai rumah cepat nak tengok moero attack punya pasal.
masa ni aku duduk kat kampung melayu majidee, johor bahru.
kenangan terindah sangat masa ni 🙂

ok berbalik pada kisah encik z.
berapa berat kecederaan dia?
berapa lama masa diambil untuk sembuh?


: : kecederaan hari ke 5. dah rupa orang gout : :

encik z dapat MC 2 minggu ok! diulangi 2 minggu!
tension aku kena drive sendiri pagi pagi pergi kerja meredah jem! grrr..
cepat sembuh suamiku #tetiba

22 thoughts on “Moero Attack!

  1. nak cariklah cd nieH
    mana nak carikyek
    giler suka…

    satu lagik..
    ada satu cite jepun tuuuu…
    ada magic2

  2. Aktif btul En Z tur yer,mcm sport dia main 🙂 ..haisshoo 2 miggu cuti tu Kak,maknanya serius juga la kecederaan dia kan…hope cpt dia smbuh..

    Meoro Attack nie mmg best citer dia,klu la ada mana2 nk ulang siar citer nie confirm meletup..ramai yg akan tpaku dok nengok citer nie..

    • dia tu segala mcm mak nenek sukan dia nak join.
      kalau ada renang berirama dipertandingkan, dia masuk jugak tuh.

      agak2 rtm ke tv3 ke ada simpan lagi tak eh salinan meoro attack ni?
      mesti rating dorang melonjak2 kalau dimainkan semula

    • heyyyy… ada ke moero attack nama penyakit.
      eh tapi macam ye pun kan. heart attack. moero attack. wahahha..

    • tu la kan.
      walaupun masa tu bebudak lagi tapi tatap gak nak follow episodnya.
      mengalahkan nora elena plak. #eh

      setakat hari ni alhamdulillah dah susut la bengkaknya.
      harap2 takde la extend lagi MC.

  3. aku dulu-dulu masa tgh giler moero attack tu kan,
    berangan ko, nak wat sommersoult bagai…
    walaupuunn…

    get well soon en.z 🙂

    • agak2 di dunia nyata ada ke pun pemain volleyball yang boleh buat sommersoult tu eh? kalau ada harus aku sembah ratu kat situ..

  4. uish..ingat lagi..masa citer tu tgh jadi kegilaan..petag2 main bola tampar..x kira la kat rumah ke kat sekolah..
    terus je pemes nama2 pelakon tuh…terbaek la kalau dapat buat sommersault mcm dlm citer tuh..

  5. aduusssssssss… i can imagine the sakit…
    terserlah kebengkakkan nya tu….
    urat2 halus putus… adoiiii sakitnyeeeeeeeee….

    (cam beranak lak…) tetiba…
    cepat2 sembuh la ye….

    Mya saya pun layan maero attack tu dulu2… mmg tak tinggal langsung episodnya heheh 😀 pastu berangan jd heroin, masa main volleyball kat kg & masa main kat sekolah waktu PJ.

    • tu la kan. biasanya urat putus ni dikaitkan dgn orang beranak jer he he he..

      hah memang tak heran.
      ramai kot jer yang berangan nak jadi pemain volleyball masa tu 😀

  6. ha ha ha.. panasaran woo kalo tak dapat tengok moero attack.. kami rasa mungkin boleh request kat stesen tv kot untuk ulang tayang.. sebab haritu kan ada diaorang ulang drama Oshin..

    eh orang gout kaki tak bengkak cenggitu lah.. rasa sakit kat sendi yang tak dapat nak dibayangkan ja sampai tak leh jalan.. kami tau sebab laki kami pengidap gout.. kiki

    • ramai2 sign petisyen hantar kat tv3 suruh tayang moero attack.
      tak pun ramai2 buat entry kat blog 😀

      laaa kisahnya. jep gout eh?

  7. teringat drama moero attack masa sekolah rendah dulu..nostalgia sgt.
    “berputarrrrrrr!”… hehe 😛

Comments are closed.