Mari Makan Daging Lembu

bertemu lagi dalam segmen jalan jalan cari makan versi normaya.
ok kali ni aku nak perkenalkan kat korang restoran yang menyajikan daging lembu fresh terbaik dari ladang.
restoran diberi nama ayers rock.
terdapat 3 cawangan tapi aku pergi yang dekat wangsa maju sana.


: : menu : :

semua makanan pun berunsur daging.
jangan kau mengada nak order udang plak. awasss…

encik z minum air mango botol.
aku air mineral sudah. yer saya suka minum air masak untuk kesihatan yang lebih jitu.
(walhal kedekuit)

oleh sebab kalau makan daging kan cepat kenyang, dan portion yang besar. jadi kami order satu hidangan saja dikongsi berdua.
baru la romantik makan satu pinggan. puii..
kitorang order T-bone yang berharga RM60 *aaaa semputttttt
didatangkan sekali dengan kentang yang punya lah lembut dan sedap.
jua dengan sos karbonara yang apakah begitu sedap.
sampai rasa nak menangis sebab sedap sangat.


: : ni nak azan ke nak tidur? ke stress mikir nak bayau? : :

lupa nak snap gambar restoran, so aku amik dari facebook diorang jer.

oh, salah satu hidangan yang ada kat sini diberi nama wagyu steak. wagyu yer. bukan waklu.
harganya RM100.
being me yang kepohchi, aku pun tanya lah adik kat kedai tu.
mengapakah harganya begitu mahal?
apakah keistimewaan wagyu steak ini?

jawabnya :
1. lembu ni duduk dalam aircond
2. lembu ni mandi hari hari
3. lembu ni makan buah-buahan dan sayur sayuran terbaik sahaja

tak puas hati lalu aku pun google lah bagaimana rupa paras lembu bertaraf wagyu steak ini.


: : memperkenalkan lembu wagyu : :

kiranya wagyu ni memang daging lembu paling terbaik la.
mungkin kesedapannya tidak terperi tu yang RM100 harganya.
takpe tunggu aku dapat bonus 3 bulan sok aku makan.
korang kalau dah kaya sangat taktau duit nak buat apa.. haaa boleh la try makan pastu bagitau aku.

ok berhenti membebel di sini.
siapa yang nak try makan kat ayers rock ini, boleh contact nombor dibawah kalau ada pertanyaan atau nak booking ke.
Bukit Jelutong 03-78455150 Kota Damansara 03-61426233 Wangsa Maju 03-41481333.

32 thoughts on “Mari Makan Daging Lembu

    • ntah ler taktau dicaj mahal berdasarkan apa.
      kalau duduk dalam aircond pun kalau rasanya sama jer cam daging di pasar, tiada berguna juga kan..

  1. mak oi…ari tuh along dah pi mee udang mak jah..kesian gambar x cantik..malas nak tepek…ni kat Butchers and grills plak..harus sentap nak pi ni…hurm….nak ajak boifren mana lak ni kan…

  2. daging wagyu tu sgt lembut kak..
    mcm melt in your mouth..sedap..
    nnti dah bonus 3 bln bolehla pigi
    hehe

    • woh ye ke.
      so mmg berkait rapat jugak la dgn duduk dlm aircond dan mandi hari2 tu ek.
      tak tau la bila thn blh dpt bonus 3 bln tu. huhu..

  3. ALhamdulillah…. Daging korban lembu dekat rumah pun masih banyak lagi… Jadi buat masa ni tak berminat nak makan daging lembu dekat luar… Kena habiskan dulu daging lembu dekat rumah…

    Walaubagamanapun, lepas ni boleh cuba juga makan daging lembu wagyu ni…

  4. Eh.. depa pakai wagyu halal dari Mesia ke wagyu Jepun tu? Takut jugak… sebab kalo wagyu Jepun, depa kasik minum sake. I tak pernah rasa, tapi berkeinginan besar nak merasa. Tunggu bonus gak ni. Tapi rasanya, nak try kedai steak kat Ampang dulu. Apa ke namanya.. Me’nate?

    • alamak tak tanya la plak wagyu dari mana.
      takpe, kalau ada rezeki i ke sana i tanya.
      me’nate? errr tak pernah dgr. nanti i google cek tengok

  5. eh aku mcm pernah dgr org btau daging wagyu tu ade yg xhalal sbb dia bg minum arak
    ntah la kan..aku xpernah kaji sbb mmg tau mahal kemain
    tp yg pasti lembu wagyu tu mmg lembu org kaya2
    tgk la dok dlm econ
    kemain ko lembu

    • motip sangat nak bagi lembu minum arak kan? iskk..

      sadis gak lembu tu. dia feel feel lembu hebat sbb duduk dalam aircond, last last disembelih juga

      • Kalau wagyu Jepun, depa bagi arak Jepun-sake. Lembu2 tu dimandikan setiap hari, bulu2 diberus dan diberi dengar hiburan & radio… Kat M’sia pun dah ada ternak lembu wagyu. Cara ternakan sama.. cuma idok ler diebri minum sake… keh keh keh

  6. Mak aih!!! Harga x ingat punyer mahai…mmg x gigih ler kak nk g mkn kt sini…sib baik x suka makan daging so x kempunan ler sgt…tp mmg sedap la kan Kak?? so mahal utk sekali sekala xper la kot…

    • harga mahal gitu kalau tak sedap harus akak wacaaaa kan dorang.
      dah la akak suka daging.
      yer la sesekali ok la kot ada occassion ke kan.
      kalau sesaja memang membunuh dlm diam..

  7. akak maya.

    mahal nye rm100

    zakiah dh selalu dengar daging wahyu tu

    tapi tu la,, duit x mengizinkan.

    agak2 akak maya la kan, daging wahyu rm100 tu blh makan brp org?

    bukan apa, nnti blh tong2 sikit2 sorang nk merasa daging wahyu tu. hehhee

    • ngikut kata pekedai tu, mmg utk sorang la.
      tapi tu la mcm awk ckp, kot la nak rasa2 je sorang sikit kan, boleh la kot share2..

    • kedainya dedekat dgn wangsa walk mall sana.
      kira awak parking kereta dlm wangsa walk pun boleh.
      akak tak igt sgt arah mana nk jalan. tapi mmg dedekat situ la..
      kalau kata sesat cer tanya2 orang situ ek..

Comments are closed.