Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia ke 24

rabu lepas aku attend malam anugerah gemilang cipta festival filem malaysia ke 24 kat panggung anniversary.
dapat jemputan yang dipanjangkan oleh amy yang menjadi sebahagian dari committee FFM kali ni.
aku ajak masy & cheq teman aku.
petang tu tunggu masy datang kat office aku pastu gerak sama sama ke panggung anniversary.


: : aku, masy, cheq : :


: : amy bertugasan di sana : :


: : pengacara majlis halim othman & linda onn : :


: : crowd : :

ada persembahan dari roy dengan nadia AF.
ada gak sorang penyanyi cina dengan sorang penyanyi india perform.
suara penyanyi india tu cam comel comel lucu.
guna suara kecik nyanyi lagu wajah rahsia hati.
masy pandang aku, aku pandang masy. terus kami sengih sengih syok sendiri.

nampak ramai jugak la artis.
tapi cam keadaan yang tak bersesuaian kot nak gi bergambar bagai.
so tengok je la dari kejauhan. norman dan isteri *hati pecah
sophi jikan. adik miasara. edry. dan lain lain ah.

malam anugerah gemilang cipta ni khas untuk bagi anugerah FFM la.
yang telah dibahagikan. ada yang bagi waktu ni, ada yang bagi waktu malam kemuncak nanti.

oh yer majlis start lambat sebab VVVIP sampai lambat lebih 1/2 jam kot.
sakit jugak la punggung kitorang yang duduk atas simen.
tau la panggung anniversary kan. ke korang tak tau panggung anniversary kat mana? heh.

ok la malas nak membebel banyak.
tq amy sebab bagi pass.
dan ini senarai pemenang :-

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FFM24

Kategori Poster Filem Terbaik
Pemenang Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Kategori Kesan Khas Visual Terbaik
Pemenang Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Pemenangnya Adik Mia Sara Nasuha

Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Pemenang Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)

Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Pemenang Nadia (Filem Cun)

Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
Pemenang filem bertajuk Great Day

Kategori Lagu Tema Asal Terbaik
Pemenang Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain

Kategori Pengarah Harapan Terbaik
Pemenang En Jurey Rosli (Filem Libas)

Kategori Filem Pendek Terbaik
Pemenang Filem Bertajuk The Other Side

Kategori Filem Animasi Terbaik
Pemenang Mushroom Head (Multimedia University)

kitorang tak stay lama sebab masy nak kejarkan komuter pukul 10.35malam.
so pukul 10 malam camtu kitorang gerak dah.
tq masy & chek sebab teman akak 🙂

10 thoughts on “Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia ke 24

  1. mekasih akak & kak amy sbb bg teket hehehehe

    sori ye tak dpt nk stay smpi abis. syg.. kalau x dpt tgk Raja Azmi meroyan atas pentas. rugi kita x dpt tgk hehehehe

    • he he he..
      kalau kita dapat tgk part raja azmi meroyan lagi panjang kot entry akak mengupas kejadian itu :p

Comments are closed.