Ke KLCC sepantas kilat membeli Popcorn Garret

mungkin ada yang dah tau.
mungkin jugak yang belum tau.
popcorn garret dah bukak kat klcc 11.11.11 hari tu.
aku pun baca dari blog kawan-kawan.
ada la menyimpan hasrat nak ke sana dan membeli nanti.
tup tup kaktin sudah roger ajak gi beli.
so apa lagi, naik turbo kaktin lalu zass ke klcc.
sekelip mata dah sampai.
so terus menuju ke tempat kejadian.

sib baik masa kitorang sampai tu q line tak berapa panjang.
makanya sekejapan sudah dapat membeli.
kaktin dengan payiet beli chicago mix.
aku beli caramel crisp with cashewnut sebab hari tu aku makan yang ni lah.
yang ada kacang mahal sikit. small RM19.


: : menjakun dengan popcorn : :


: : senarai harga : :

usai membeli popcorn, dok mengendap macaroon plak.
kaktin beli 4 ketul, aku beli dari dia seketul red velvet.
2nd time aku makan nih.
dulu iera pernah bagi aku masa dia bertunang.


: : macam macam jenis ada : :


: : comel comel : :

singgah jap beli sushi untuk lunch.
aternya takkan nak lunch makan popcorn semata.
harus tak kenyang.
sedap betul california roll ni eh.
aku kalau disuruh makan hari hari pun sanggup.


: : yang kiri aku punya. kanan tu payiet punya : :


: : lazat gila plissss… : :

sori gambar blur sebab snap laju laju takut orang lalu.
punya la kedekut taknak share dengan orang.
mahal ohhhh… :-[

ini plak cerita semalam petang.
encik z tetiba kata nak jugak popcorn ni sebab hari tu aku bawak balik sikit jer dan aku kedekut kedekut gak ngan dia.
so ke klcc terus.
setengah jam ok kena q. pftttt…
yang paling best ngam ngam sampai, terus jugak ngam ngam caramel crisp large untuk kitorang.

dan lepas tu turn caramel crisp almond plak.
aku yang kepohchi ni pun tanya la kat adik penjual yang baik itu.
katanya mesin diorang ada satu jer.
so memang ikut turn buat jenis jenis popcorn nih.
makanya tak kira kau beratur berapa lama pun, ikut nasib nasib gak dapat ke tak beli popcorn perisa yang korang nak.
begitu.

korang yang belum try, sila lah try.
dijamin terbaik dari ladang.
balik tu, nonton bola sambil makan popcorn.
eh aku nak update gak la pasal bola.
ramai jer korang update kan.

27 thoughts on “Ke KLCC sepantas kilat membeli Popcorn Garret

  1. Ha…salu napak TGV ni update dlm FB dia.. mmg mau terai sbb masih terasa2 kelazatan popcorn kat Disneyland tu ari. Nak rasa sama ke tak?? Bila tahun lak nak pegi nyer klcc tu walo sekangkang kucing je dari opis ni. HUhu.

    • kalau bertajuk garrett harus sama kot.
      ala org B** lagi kan boleh ke klcc waktu lunch, inikan pula yang ber office bersebelahan 😀

  2. Sedap sangat..laz i kirim kawan i bli kat singapore..mahal..but puas hati sangat2…like it very much

  3. aku dah nekad, nak beli yg dalam tin plak…
    jom pegi lagi pls, kali ni dgn myavilah…
    turbo *turbo la sgt* kaktin takder hekon…sobbbssss

    • aku hari tu dah nekad jugak nak beli tin.
      tapi encik z suruh sabar dulu.

      boleh kak. nanti kita gi naik myavi plak.
      tapi make sure waktu balik kita lalu jalan yg benar..

  4. garret yg cashewnut & caramel tu dah rasa…
    mmg sedap teramat la kan…
    sesekali beli boleh la…
    hari2 leh kempis wallet oiii….
    tp mmg sedap & tak menahannnnnnnnnn….
    kalau mya nak pegi lagi, erin nak kirim ek boleh?

  5. KLCC kat mana kak dia bukak? Dulu beli kat Universal Studio Singapore…sedap sangattt..manis tapi sedap tapi mahal….ok , memang sedap! hehehe..

    gembiranya hati bukan kepalang… :p

Comments are closed.