FFM24 di PICC

ni kisah hari ahad lepas adil nikah.
cerita adil nikah later later la yer.
pepaham je lah nak milih gambar apa semua bagai.
so please sabar ya.
dari melaka gerak kul 3.30 petang camtu.
tah mana jalan encik z lalu, tersesat barat walhal nak ke highway je pun.
tetiba masuk ke alor gajah sana. boleh?
sudahnya masuk highway PLUS dari alor gajah. pfttt…
kemudian dengan jalan jem tak hengat.
dengan hujan. dengan dedua nya letih. melapar lagik.
memasing nak naik hantu sesajaa…
sampai kat putrajaya pukul 6.15 petang camtu kot.
terus je ke rumah pae.
sampai sampai aku cakap kat pae aku lapar.
terus dia dengan baik hati masakkan maggie.
tapi bukan maggie kosong ok.
ada sayur ngan telur lagi.
tengkiu adikkuuu…
lepas makan siap siap.
dan ngam lepas maghrib terus gerak ke PICC yang sekentut je dari rumah pae ngan si koko tu.
yer.. 5 minit naik kereta dah sampai.
masuk parking nampak ramai la jugak artis yang parking setaraf dengan kami,
dan lepas aku peratikan artis yang kereta hebat-hebat semua parking kat atas.
yang kereta biasa biasa jer masuk parking kat sini. isk.
kata tema hitam dan emas.
tu yang aku pun gedik sama pakai hitam ngan gold.
walhal ada ke orang kisah kau tak ikut tema pun kan?
PICC ni tak macam istana budaya.
cam IB kalau kau masuk pintu bawah, kau tak boleh naik atas dah.
kalau naik pintu atas, tak boleh turun bawah.
ni walaupun kitorang naik sampai tingkat 3, ujung ujung cam eh eh boleh je kalau nak turun ke bawah. gitu.

: : with pae : :

: : amy bertugasan di sinun. pembantu editor kata kooo : :

: : fazura!!! : :
keseluruhan FFM ni aku rasa cam tak berapa best kot.
compare dengan AIM aku rasa AIM lagi happening.
dan aku ngan encik z berdua sepakat membuat kesimpulan, yang penyanyi lebih supportive pada kawan-kawan seangkatan dorang compare dengan pelakon.
tepukan pun semua cam kena paksa.
nampak la artis artis depan mata tapi ntah ler cam tak berapa nak gi amik gambar.
nampak zizan, kamal adli, tiz zaqyah dan ramai lagi ah.

: : encik z, yours truly, pae & koko : :

: : bukti dah sampai PICC : :

: : senarai pemenang. berebut rebut KL gangster dengan hikayat merong mahawangsa. yang lain pandang sepi je lah : :
anyway, tq to amy sebab bagi pass.
kalau ada lagi di masa depan, lanting lantinglah lagi yer.. 😉

11 thoughts on “FFM24 di PICC

  1. malu la.. org pergi rumah kita jamu maggie je..huhu. malu kt abg mi je, kat akak tak malu..hehe.
    kalau dari Melaka akak dah roger kelaparan, boleh jugak goreng2 bihun..mee ke..

  2. malam tu aku tugasan sebagai Urusetia… Pembantu Editor Buku Cenderamata dah done! hehehehe…..

    Harap2 ada lagi laa yaa peluang aku untuk join event gitu.. haruslah ada peluang aku lanting tiket kat kawan2…

Comments are closed.