Eve of AidilAdha di Bengkel Anda

ini plak cerita sehari sebelum hari raya haji.
raya haji hari ahad kan.
so hari sabtu la ni ceritanya.
pepagi aku ngan encik z dengan tak mandinya sudah keluar mau hantar myavi servis.
sebab masa dah time.
lagi pun nak balik taiping jalan jauh kan.
so kena la servis.

kitorang servis myavi kat bengkel anda kat wangsa maju.
dekat je pun dengan rumah.
sampai situ pukul 9.30 pagi.
ingat kot dah paling awal. tapi hadooo..
dah banyak kereta menunggu.
ok takpe, tinggalkan kereta dan kitorang menapak ke depan sikit.
mau breakfast di mamak.


: : nasi lemak dan nescafe ais di pagi hari : :

usai breakfast, menapak semula ke bengkel anda.
kereta bersusun susun nak masuk ke pasaraya NSK tuh.
semua pun nak shopping barang raya la kot kan.

sib baik tempat menunggu kat sini adalah selesa.
besar. ada paper. ada magazine. ada tv. ada wifi. aircond pun sejuk.
so bersantai santailah menunggu.
yang sebenarnya aku dah tersengguk sengguk mengantuk.
tapi ku tahankan jebat…

patutnya siap dalam sejam je.
tapi dah sebab aku tak buat appointment, main walk in tu yang jadi lambat tu.
pastu plak aku mintak dia cek aircond.
sebab bila bukak aircond cam keluar satu bau lembab kurang menyenangkan.

siapa berminat nak hantar kereta perodua korang servis, boleh pertimbangkan hantar ke sini ya. sebab diorang bukak sampai malam juga.

Bengkel Anda Auto Servis

PT 6312 D, Jln 1/27 A, Kaw. Perindustrian Wangsa Maju, Off Jalan Genting Klang, 53200, Setapak, WP Kuala Lumpur

En. Mustafa Hj Mohd Noor

Tel :
03-4023 4080

Fax :
03-4024 4080

Email :
anda_prima@yahoo.com

pukul 12 tengah hari baru siap semua. pftttt…
dan kena caj RM240.00. nangisss…
berdesup balik jasmine mandi bersiap segala.
singgah carrefour dengan harapan nak cari la baju kurung yaya.
tapi tatap takdak.

lunch kat food court dan lepas tu terus meredah highway utara selatan.
masuk highway pukul 3.30 petang.
sampai taiping pukul 10.30 malam.
jem tak hengat.
aku drive kejap dari sungai perak tu.
tapi hujan melebat. jalan jem.
mata aku kelabu asap.
sudahnya bertukar service semula.

ho ho balik kampung!

6 thoughts on “Eve of AidilAdha di Bengkel Anda

  1. acara wajib kalau nak balik kg..mesti service kete.
    tp biasanya harap ke suami jer..diri sendiri nak isi minyak kete pon tak pass! aduhaiii

    • ke sebab kereta akak dah lama ek?
      sebab kata mekanik tu kena bukak dashboard cuci aircond semua bila kereta dah menjangkau 5 tahun

Comments are closed.