Dalam Halal ada Haramnya. Dah tau Haram kenapa buat juga?

baru baru ni ada minggu bahasa kat office aku ni ha.
banyak la aktiviti kesasteraan berlangsung.
salah satunya ialah teater dan mendeklamasi puisi.
so sehari petang tu aku pun gi la ke sasana sana dengan kaktin.

lepak sekali dengan kak linda.
tapi lupa plak kita nak snap gambar kan kakak? huhu..
ada persembahan dari pekin ibrahim pelakon tuh.

pastu ada pyanhabib gak tapi aku tak sempat tengok sebab dah blah masa tu.
ada lagi la beberapa orang penyajak terkenal.
dan persembahan dari kakitangan jugak.
yang paling penting ada ni ha, lan A to Z.
bestfriend kaktin nih. dont play play.
siap sebelum buat persembahan, lan mention ‘saya dapat jumpa kawan facebook saya, tini kat sini’
ewah.. mesti kembang kempis hidung bangga kan kak?

lan nyanyi lagu darjat.
sedih kot! oldskul sangat kan lagu ni.
maafkanlah.. diriku ini.
tiada rela jua jadi begini.
bila cinta kian bersemi
oh relakanlah ku pergi.
katanya lagu ni kisah benar.
dia bercinta dengan anak orang kaya. sangat kaya.
tak kesampaian cinta itu. hukss..

usai persembahan bagai, aku gi jalan jalan kat luar.
ada jualan buku dengan diskaun up to 70%.
belek punya belek aku beli 3 buah buku dengan harga tak sampai RM35.
murah kot.
pertama buku ini. berubat dengan solat.

kedua. dan ketiga buku ini.
aku mahu jadi bos & bos dipuji bos dibenci.
berubat dengan solat tu seperti tajuknya lah.
segala berkenaan solat.
walau apa pun masalah, kesusahan, kedukaan dan kegembiraan yang kau terima, tetapkan lah solat itu tanpa meninggalkannya.

buku kedua dan ketiga tu lepas aku baca aku rasa lebih sesuai untuk dibaca oleh orang yang bakal bergelar boss dan sudah menjadi boss.
banyak tips macam mana nak menjadi boss yang disukai bukan dibenci.
sesuai benar kalau kau nak prezenkan pada bos kau.
kalau berani la…

oh dalam halal ada haramnya.
dah tau haram kenapa buat juga?
sesuatu sangat tajuk entry ni kan?
actually ni tajuk teater pendek yang dipersembahkan kat sasana kijang hari tu.
sorang je pelakonnya. bawak 6 watak. serius adalah hebat.
aku suka sangat teater.
bila dah tua gini baru terfikir, napa la dedulu kat sekolah tak amik aliran sastera.
kemudian masuk UiTM belajar teater. hmmm…

so, apa kah perkara yang korang rasa halal tapi sebenarnya haram?
dan apa pula perkara yang korang tau haram tapi korang buat juga?
tepuk dada tanya lah selera. 🙂

12 thoughts on “Dalam Halal ada Haramnya. Dah tau Haram kenapa buat juga?

    • dlm cerita ni bila mana si suami ‘mendatangi’ si isteri dgn main belakang.
      tu yang jadi dalam halal ada haramnya. 🙂

  1. buku banyak kat rumah. tapi bacanya tak jugak. hahah! asyik membelek buku bergambar je..hehe (H)

Comments are closed.