Annual Dinner B**

baru baru ni attend annual dinner B**.
tahun ni buat kat sunway convention centre.
rasanya sepanjang 7 tahun aku kerja kat sini, belum pernah lagi kot miss annual dinner ni.
taktau la kot masa masa akan datang, dah tak kuasa nak bersosial bagai, mungkin dah tak pergi la kot.
ntah. tu cerita masa depan, tak boleh nak kata jugak kan.

: : kad jemputan : :
tahun ni cam lain dari yang lain.
seawal pukul 6 petang dah start acaranya.
persembahan muzik muzik tradisional gitu.

: : sesambil dengar muzik boleh makan kacang : :
gerak dari rumah pukul 6 petang.
sampai sebelum pukul 7 malam. maghrib dulu.
tahun ni aku cam tak kisah nak buat threading or pergi mekap bagai.
baju pun pakai baju kurung jer.
mungkin faktor usia jugak kot.
dah takde hati nak ber yo yo o bagai.
ingat lagi tak entry flower corsage yang aku beli kat wani hari tu?
ah ini lah dia bunga nya. cantik. comel. aku suka.
tapi tu aku beli yang sederhana kecil.
nanti esok esok nak beli yang besar plak lah. baru menyerlah gitu.

: : doorgift. keychain. bukan sebarang keychain. ada engrave B** ok : :
baju kurung tu aku beli kat ampang point.
tudung plak skaf dari tie rack kegemaranku.
clutch handbag tu prezen dari ernie. dah 3 kali kot aku recycle bawak gi dinner.

: : lucky table 78 : :

: : tema malam tu tradisional kontemporari : :

: : credit to farah : :

: : encik z recycle baju masa kenduri kat segambut : :

: : yours truly : :

: : rakan setable. encik z, yours truly, norin, anis + husband, farah + husband : :
amik menu masakan cina.
kau tau la kalau makanan cina, memang bercourse course la kan.
semua pun sedap.

: : menu : :
sesambil makan sesambil nonton performance.
memacam jenis performance ada.
nyanyi, menari, muzik, eh macam macam lah.

: : fay aka kekasih suara ku : :

: : show ni paling best. topeng yang ditukar tukar sekelip mata : :

: : pengacara majlis afdlin shauki : :

: : artis jemputan faizal tahir : :

: : mahal gambar ni puan farah oiii : :

: : agak terkagum waktu faizal tahir nyanyi lagu gemuruh : :
lalu majlis pun berakhir #tetiba
yer la dah habis semua, balik lah kan.
sebelum balik…

: : intan, mya, sury, janet : :

: : suami yang ku cinta : :

: : ida ala ala yuna : :

: : gossip dulu : :
tapi sebenarnya tak terus balik. lepak minum jap dengan ida borak gitu gini.
sejak dia pindah ke sasana memang takde dah jumpa dia lagi.
tu yang macam macam cerita nak dicover.
dan eh lupa plak nak bagitau, encik z menang lucky draw voucher sogo RM150.
lucky eh dia. dan aku pun lucky jugak bila voucher tu encik z bagi kat aku.
dan dah pun selamat aku menyopping 😉

16 thoughts on “Annual Dinner B**

  1. wahh..class..ade FT ngan afdlin tu..huhuhu..

    akak , sgt comel laa akak pakai tudung pink tu…sweet sgt..tp..urmm..jarang sket laa tudung tu kak dr belakang…maybe next time akak leh pakai inner yg cover dlm ( leher) tu…labuh dia dh ok ! sorry eh..kalau akak terasa.. tapi akak series cantek ngan tudung tu, suka tgk 🙂

  2. ditepeknya sebesar2 tidak gambar. motif nak bintangkan ** nama company?? 😛
    larriiiiikkkkkk 😉

  3. cam kenal lah kawan u yg name janet tuh…
    tapi dimana yer…
    chinese food klu kat sunway lebih kurang sama jer…
    last time masa dinner kitorang pun sama jer camtuh…

    • wah kenal kah janet?
      ermmm dia selalu gi event2 yg ada artis2 nih..

      tu la kan, selalu chinese food mesti balik2 benda sama je.
      tapi sedapp…

Comments are closed.