AIM 18 Yang Berbiru

terbaca tweet dari ceera sebenarnya.
dia tanya ada sesiapa tak nak gi tengok AIM kat stadium.
sebab dia ada 2 extra tickets.
aku reply jer nak tiket. then pong pang pong pang bagai.
terus ja lah kami berjumpa kat stadium bukit jalil sana.


: : ketibaan artis dengan kereta mewah. kereta sendiri atau kereta pinjam saya tidak tahu : :


: : tiket : :


: : 2 beradik gorjes, VP & ceera : :

aku memang kau tak payah tengok la.
comot kemain. aternyaa keluar rumah dari pukul 12 tengah hari.
mekap bedak ke hapa semua tak bawak.
so dengan selebetnya lah pergi.
lantak ler.


: : berlatarbelakangkan karpet biru : :


: : biru! : :


: : abaikan flash memancorrr kat muka aku tu : :


: : VP, ceera, kathy, mya : :

aku selalu jugak baca blog kathy ni.
suka tengok dia lawa, baju-baju dia lawa, stylo.
pakai apa pun kena je kat badan dia.
tu sebab suka masuk blog dia.
cuci cuci mata tengok gambar.

bila dapat jumpa ni memang cam ishh apa ke lawa benau budak nih.
hai kathy *lambai

ok berbalik pada AIM.
opening je dah meletup letup dengan performance najwa tu.
serius terbaik.
pastu 3 suara. beribu sesalan.
cam nak nangis dengar suara shila amzah tu.
sedap sangat kot!

yang ezad, zamani, rahmat dengan ally tu pun best.
sampai nak terkeluar anak tekak aku dok nyanyi sama-sama.
oldskul betul expecially lagu itukah dia kekasih yang pernah berjanji memberi cinta untukmu sepenuh hatiiiii….


: : lautan artis : :


: : 3 suara : :

tapi paling best mawi ngan akhil hay ni kot.
aaaaaa i love u mawi!
diorang duet nyanyi lagu hambamu.
best plisssss….

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

nak download!
* edited : dah download dan sedang diulang main sebanyak doploh kali


: : anuar zain menang jugak. vokal terbaik kot : :

waktu korang kat rumah, kitorang kat stadium disajikan dengan lawak lawak merepek oleh sobri. dengar katanya dia yang masuk maharajalawak mega tu.
ye kot. i dont watch. i dono.
tapi kelakar jugak la waktu dia tiru aksi zaiton sameon.
dok kak eton bagai.
kena saman baru tau. heh.

gabungan zizan ngan ac adalah best walaupun aku tak minat ac.
lawak spontan diorang waktu iklan lagi best dari lawak biasa depan tv.
tapi tetaplah best jugak.

apa apa pun tq kat ceera sebab bagi tiket ya.. (K)
^_^

16 thoughts on “AIM 18 Yang Berbiru

  1. tapi biru sangat lah..sy tgk kat tv ni, rasa sakit mata..
    terus tertido..keh keh

    ruginya terlepas part zamani nyanyi..suka dia [dulu lah..eh]

  2. Apalah dorang buat lawak masa iklan je..patutlah tengok tv boring je..lain kali rakamla lawak dorang masa iklan tepek kat blog mesti best

  3. comot pun takpe kak..dari bersiap grand bagai sekali seating kt tempat biasa2 je. malewwwwwww ohh 😛

    • ada jer yang kemain glamer berdress blink blink heel bagai… sudahnya menapak jauh dari parking.
      agak kasihan la akak melihat..

Comments are closed.