Sup Ayam Kampung with Kacip Fatimah

bebaru ni gi lunch dengan kaktin kat memori corner the mall.
makin lama makin taktau nak makan apa. baik lunch. baik dinner.
tapi pastu ternampak atas meja ada menu ni.

aku kan cam suka jer nak try macam macam.
makanan eksotik pun mana aku lalu semua aku bedal nak rasa.
so order la sup ayam kampung kacip fatimah ni.

tapi selalu pun dalam menu dengan makanan sebenar mesti lain kan?
sama la dengan yang ni.
tak kelihatan pun ginseng akar akar kayu tu.
tapi pedulikan rupa parasnya. kita rasa dulu.

ok la not bad. tidak lah sedap tapi tidak lah tak sedap.
nama pun kacip fatimah kan.
korang kalau nak try boleh gi memori corner kat the mall nun eh…

6 thoughts on “Sup Ayam Kampung with Kacip Fatimah

  1. semua benda pelik2 yg aku rasa tak menarik, aku lalu nak makan, apalagi nak order.. tp kalau orang tgh makan, pelawa jugak2 suruh aku rasa sikit mungkin la kot aku rasa

Comments are closed.