Sotong Goreng Kunyit Versi Normaya

last week kot department aku ada buat makan-makan.
konsepnya adalah potluck nasi lemak.
so si polan A bawak nasi, si polan B bawak ikan bilis, si polan C bawak ayam goreng.
sampai lah kat aku, polan Z gamaknya.
yang tinggal cuma sotong goreng kunyit saja.

i was like eh mana ai tau buat sotong goreng kunyit.
kakak polan D berkata ‘ala senang jer. kau buat gini, pastu kau buat gitu, pastu kau campak, pastu bla bla bla”
senang jer ko cakap kan kak.

tapi lepas dipujuk pujuk aku pun cam ok la ok.
ai try. tapi kalau tak jadi, kalau sakit perut, kalau masuk hospital, salahkan ku jangan salahkan ku ya…

so hari ahad malam gigih la ke jusco cari sotong.
1kg RM24.90. mahal oh…
terus cam apa ni apa ni.. ini tak adil.
orang lain bawak tomato, bawak timun, bawak telur.
semua memurah.
aku kena beli sotong 1/2 kilo kot.

tapi terus kena sound dengan encik z.
ni ikhlas ke tak nie?
kalau tak ikhlas, tak payah.
#sentaphatimaknak
terus laju laju menginsafkan diri.

so sessi masak memasak pun bermula.
oh yer aku beli sotong yang besar besar tu.
sebab orang kata sotong besar la yang sedap kan?

memula rebus dalam air panas.
kenapa kena rebus?
wopucitau.
aku ingat nasihat amy.
sebab dia kata itu yang diajar oleh suami nya yang terror memasak.

eh tapi aku tidaklah rebus sangat kot.
aku panaskan air. bila mendidih, aku tutup api.
pastu aku letak sotong dalam 5 minit camtu kot.

potong sotong kecil kecil mengikut ikut suka hati.
lepas tu aku perapkan dengan kunyit & garam dalam ermmm.. setengah jam kot.
sementara diperap, aku basuh pinggan (eh perlu ke bagitau?)

kemudian potong bawang besar, cili hijau dan halia.
aku guna cili hijau sebab murah.
cili merah dijual dalam kuantiti banyak, mahal lah pula itu. tu pasal guna cili hijau sudah.
halia tu ko jangan tanya.
aku tengok ada stok halia kat rumah, aku potong jer sekalian. boleh?
suka suka kau je modify resepi sendiri kan, normaya.

tumis bawang, cili hijau dan halia tu together gether.
tunggu sampai kuning kuningan dan wangi wangian.
pastu kau campak la sotong tu.
guna api besar dan kacau tanpa henti selama 5 minit.
ni hasil pembacaan aku di internet.
kalau salah, kau jangan follow.

dan kemudian. taraaaa…
siaplah sudah sotong goreng kunyit versi normaya.

lalu aku pun bawa lah ke office.
tak sampai 5 minit letak dah licin u.
ada jugak yang tak sempat nak makan.
dan takde plak aku dapat khabar berita ada yang sakit perut ke apa.
so kira kira menjadi la kot sotong goreng kunyit aku tu yer? *angkat kening

23 thoughts on “Sotong Goreng Kunyit Versi Normaya

  1. ok la tu…
    senang je buat sotong goreng kunyit ni kan…
    pasni tukar je ngan daging ke ayam ke udang ke…
    sempoi tapi sedap!

  2. “khabar berita sakit perut” hahahaha
    eh bila nak ajak kami dinner di rumah ko nyah?
    masak sotong gini yer hikhhik (Y)

    nampak menyelerakan *ini pujian ikhlas*

  3. cukup tak gemar siang sotong…ehh siang ke bahasa betulnya..ke salah..ehh apa2 la!
    sebab badan dia licin2 kan..pastu dgn janggut2 tu kan..ehh janggut ke namanya..ehh apa2 la..geli!
    tapi kata nak jadi housewives terbaik kannnnn…kena la buat hehe.. 😛

Comments are closed.