Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

KREDIT : – http://suffer.frenzyfm.my/2011/10/sifat-calon-suami-yang-baik.html. Sumber via Facebook

Pada sesiapa yang belum bersuami, haaa.. sila lah consider kan ciri-ciri di atas untuk pencarian suami yer.. *sambil jeling MASY.

Pada yang dah bersuami plak, kalau suami kau ada ciri ciri di atas, sila lah sujud syukur. Tapi kalau suami kau takde ciri ciri di atas, jangan la kau mintak cerai plak. Ko redhoooooo jer lah yer. Lagipun macam lah kau tu isteri yang baik sangat #eh . Ok ai bergurau. Jangan amik hati naaa…

Sebagai isteri kita doa la banyak-banyak supaya suami kita menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab, gitu. Lalu rumahtangga pun aman sentosa.. ote?

18 thoughts on “Sifat Calon Suami Yang Baik

  1. betul !!! bersyukur dengan keadaan pasangan masing2..baik, buruk dia cuma kita boleh nasihatkan sahaja 😉

  2. alhamdulillah..saya telah menemuinya. semoga jodoh kami berpanjangan.
    dan untuk itu, saya cuba memperbaiki diri dari hari ke hari.

Comments are closed.