Sesuatu Yang Tak Disangka

kekdahnya hari jumaat lepas punya lepas punya lepas tetiba dapat call dari unit mel office aku ni. katanya ada parcel untuk aku.
terus aku cam eh parcel apa lah pula.
ada ke aku beli apa-apa online akhir akhir ni?
rasanya macam takde.

terus berdebar debar takut orang pos kan bom.
ceh. artis ke kau. ahli politik ke kau orang nak bagi bom kan…
tapi masih ketakutan.
so suruh encik z tolong amikkan.
kalau ada bom dia kena dulu #eh

lepas lunch tetengok dah ada kotak besar ni atas kerusi aku.
fikir lagi. apakah ini…

tapi dalam nervous nervous tu, aku bukak jugak la pepelan kotak ni.
dan nampak sekeping kad terselit di situ.
laju laju bukak. dan kad itu tertulis…

hoh? parcel dari nida????
dan laju laju jugak aku koyakkan segala kertas yang ada kat dalam tu, nak tengok apakah isi kandungan di dalamnya.
ada beg menjahit yang comel.
bear yang pun comel.
alatan menjahit dan sebuah buku belajar menjahit.

lama aku berteleku depan benda-benda ni.
perasaan sebak, sedih, sayu, terharu bercampur baur.

terima kasih sahabatku, nor hanida shaari.
seorang sahabat yang sentiasa menerima aku sedanya dari dulu.
seorang sahabat yang aku kenali semenjak 15 tahun yang lalu.
tak pernah mengenepikan aku walau aku berada dalam keadaan keterlupaan.
tak putus putus memberi aku semangat walau dari kejauhan.

terima kasih untuk persahabatan ini.
saya sayang awak nida!

EDITED :

ok sebenarnya ada 2 kisah sedih disebalik parcel dan barangan nie.

kisah sedih pertama adalah.
di hari kejadian aku terima parcel ni aku bawak bekal air oren.
air diisi dalam bekas tippuware.
aku plak bijak pandai, tak habis air diminum, pegi la buang kan.
ini tidak.
last last penutup sudah terbukak lalu air oren itu membasahi buku menjahit yang di atas tu.
sedih gila ok.
tapi kemudian aku gigih ke MPH dan dapat beli yang baru.
sib baik ada. kalau takde harus aku meroyan seorang diri.

kisah sedih kedua adalah.
sepatutnya aku dapat semua benda-benda dibawah.
somehow, 3 benda sudah tercicir.
tudung tie rack, gunting dan benang besar.
tak tahu lah di mana dan bagaimana tercicirnya ia.

aku pun taktau 3 benda ni ada.
sampailah la aku on the phone dengan nida, baru dia bagitau.
sedih la. nak tudung tie rack itu!
huksss.. ;-(


: : patutnya dapat semua ini : :


: : skaf tie rack & segulung benang coklat : :


: : dan gunting juga : :

what to do. takde rezeki kan.
ada la tu mana-mana hilangnya. pasrah je la.
bukan rezeki ku untuk memilikimu.. huhu..

aku copy paste nie dari blog si penghantar iaitu Marliza.
so sweetttttt… terharu saya…

Madu Lebah’s bestie took two huge leaps recently: 1) She started wearing the hijab, alhamdulillah and 2) She learned to sew. And Madu Lebah being a sweetheart that she is, decided to surprise her bestie with a Sewing theme gift basket and Tie Rack scarves.

There was a delay in completing the gift basket because of the late delivery of the TR scarves from the UK. Anyways, it was finally delivered yesterday and should reach Madu Lebah’s bestie by today, insyaAllah. I sure hope she’ll like the surprise!

Oh these are what I included in the fun basket, which by the way is a Craft & Sewing Basket from Gin & Jacqie. Cool huh?

Gin & Jacqie Tootsie Roll (for tools keeping)
A-Z Menjahit Baju Kurung book
A large roll of thread with scissors
A box filled with thread rolls, measuring tape, pincushion & scissors
Tie Rack scarves (requested)
Complimentary small teddy, simply to add some cuteness to it πŸ˜‰

of coz aku ter surprise surprise!!!

kalau korang berminat nak bagi hadiah ceni atau nak tengok yang lain-lain, boleh pergi blog beliau yer DI SINI.
atau boleh juga tengok di facebook DI SINI.

P/S : marliza dah ganti skaf tie rack lain untuk aku.
tak perlu pun sebenarnya sebab bukan salah dia pun benda tu hilang. tapi beliau begitu berbaik hati nak bagi jugak.. lagi sekali daku terharu oh..
nanti aku letak gambar skaf tu kat sini eh.. πŸ™‚

13 thoughts on “Sesuatu Yang Tak Disangka

  1. wow! menarik la bagi hadiah cenggini.
    ehem ehemm…kak nidaaaaaa… *sambil pintal2 baju* πŸ˜›

    • betul la kata kau tu.
      alhamdulillah Allah temukan aku dgn kwn2 yg sgt menyayangi aku.
      yg terima aku seadanya aku.
      syukur ke hadratNya πŸ™‚

Comments are closed.