Selamat Bersara Cik Yah

baru baru ni department aku ada buat majlis makan makan.
sempena nak meraikan persaraan sorang staff kat sini.
eh, kalau nak bersara kira meraikan ke? bukan kan?
ermmm.. majlis perpisahan? haaa majlis perpisahan la kan.

aku ditugaskan buat kerja kerja yang berpatutan untuk majlis ni.
aku suka jer. suka jer busy busy buat kerja.
tapi kalau aku takde kerja, bukanlah salah aku kot kan?
habis salah siapa?

salah siapa sering ditanya….
salah mereka atau kau saja ooooo..
salah siapa apa terjadi….
kau penentunya jalan hidup sendiri… *rap

ok sengal.

majlis diadakan di lanai kijang.
oleh sebab makanan ditaja, jadi mari kita pilih makanan dan minuman paling mahal.
chicken chop & apple juice.
chicken chop ok la sedap. tapi apple juice tawar. mahal pula itu. namo dah la.
summer sunrise, lagenda dan lestari jua tetap di hati.

duduk satu meja dengan shimma, umi dan kakwan.
yang jadi semeja tu sebab kitorang datang sesama naik myavi.
paling awal sampai. tu yang cop meja tu. meuhehehhe..

empat empat amik makanan berbeda.
aku amik chicken chop, umi ayam penyet, kakwan nasi goreng ikan masin, shimma mee goreng mamak.
walau berlainan selera, tapi kami tetap bersatu padu. *motip?

untuk dessert aku amik double scoops iaitu 2 ketul aiskrim berperisa vanilla dan strawberry.
macam tak pernah makan kot. so kita amik semua yang tak pernah makan dan minum.
tapi sebab aku tak minat aiskrim strawberry, so aku lantingkan kepada kak wan.

cantik tak jubah saya? sila kata cantik. kalau tidak saya sentap.
dibeli di carrefour wangsa maju dengan harga RM89 sahaja. murah. sukerrr..
ikut hati nak beli lagi 2,3 tau.*tak agak agak.
tapi memandangkan yang ni pun encik z yang bagi duit, so diam diam dulu lah.
but aku memang berazam mau kompol jubah banyak banyak.
adalah selesa dan sangat ustajah norma’ayah gitu.

shawl tu plak ernie yang bagi.
sangat sedondon dan secocok dengan jubah itu.
tapi kan, ramai kata aku tak sesuai eh pakai shawl camtu.
ramai kata aku sesuai pakai tudung bawal. eh??


: : inilah cikyah : :

selamat bersara cikyah. best la kan boleh duduk rumah relax relax.
saya ni lagi 23 tahun kot. nangisss…
ntah hidup ntah tidak lagi yer masa tu kita semua.. (@)

19 thoughts on “Selamat Bersara Cik Yah

    • tudung awning udah try tapi tu la laki aku tak berapa suka aku pakai tudung awning.
      dia lagi suka aku pakai tudung bawal kot..

      • asal jangan pakai mcm ‘kain buruk sepuk atas kepala’ gitu sudah la kak. (gelaran ni sorang teman yg bagi)
        apa ntah nama fesyennya tu. tak kemas. rimas tengok.

          • haaa..agaknya..taktau la tajima ke walima ke..apa ma ke..
            tapi berserabut je. kalau letak, tarik, sematkan pin kemas2 kan lawa.
            entah la…pendapat peribadi masing2. kerr…aku ni tak uptodate? sorry ye..hehehe 😛

Comments are closed.