Rumah di Syurga

baru-baru ni aku ada dengar tazkirah kat radio Hot FM.
ada sesuatu yang aku cam baru tau dari tazkirah ni.
sebelum ni aku pernah je dengar tentang mendapat tempat iaitu sebuah rumah di atas syurga kalau kita meninggalkan perdebatan dan kita berada dalam keadaan benar.

contoh pertama :

awak blogging waktu office yer?

saya blogging kat rumah lah.

tapi waktu published semua waktu office.

saya auto scheduled lah.

saya tak percaya.

eh betul lah.

saya tak percaya.

ah lantaklah kau sana *lalu meninggalkan perdebatan.

contoh ke 2 :

kenapa balik lambat? awak pergi mana?

hoki habis lambat. diorang tambah lagi 1 game.

pentipu! awak pegi lepak ek.

la, betul. diorang habiskan 1 game so esok tak payah pegi lagi.

saya tak percaya.

betul. tak caya tanya si dol.

saya tak percaya. tak percaya.tak percaya *sambil hentak kaki

ah tak percaya sudah lah taik! * sambil berlalu pergi

kira kau dalam keadaan benar la kan, tapi orang tu tak percaya. kau malas memekak mekak, ko blah dari situ.
ok yang aku dengar kat Hot FM ni pulak, kalau kau tinggalkan perdebatan dalam keadaan kau bersalah.

contoh ke tiga :

saya mintak maaf sebab tertidur pukul 3 petang tadi boss.

awak tahu tak kesalahan awak ni boleh dibawa ke pengetahuan pihak atasan.

saya tahu boss. saya minta maaf.

kenapa awak boleh tertidur waktu kerja?

saya tidur lambat sebab malam saya bawak teksi bos.

saya tak boleh terima alasan awak. sebenarnya awak ni memang pemalas.

saya tak pemalas bos.

awak memang pemalas. jangan nak nafikan.

suka hati kau lah, bos.

lalu kau pun blah dari situ.
kira kau salah, tapi kau dah mengaku.
bos kau memekak mekak jugak, so lantaklah dia sana.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :-

“Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada di pihak yang salah, maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di syurga paling bawah. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada pada pihak yang benar, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di tengah syurga…” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Imam Ath Thobroni dalam Kitab Al Kabir dari Abu Sa’id Al Khudhori ra, dia berkata, “Kami duduk di sisi pintu Rosulullah saw saling memperingatkan, ini dicabut dengan ayat dan ini dicabut dengan ayat. Maka Rosulullah saw keluar kepada kami seakan-akan di wajah beliau terbelah biji delima, beliau bersabda, “Apa mereka itu, kalian diutus dengan ini ataukah diperintahkan dengan ini? Janganlah kalian kembali kafir setelahku, sebagian dari kalian memukul leher sebagian yang lain.”

Dari Abu Darda’, Watsilah Ibnul Asqo’, Anas Bin Malik ra, mereka berkata, “Rosulullah saw keluar kepada kami pada suatu hari dan kami sedang berbantah-bantahan dalam suatu urusan agama. Beliau menjadi sangat marah dan tidak pernah sampai seperti itu, kemudian beliau membentak kami dan bersabda, “Tenang wahai umat Muhammad, sesungguhnya orang-orang sebelum kalian rusak dengan seperti ini. Tinggalkanlah berbantah-bantahan karena kebaikannya sedikit. Tinggalkanlah berbantah-bantahan karena seorang mukmin tidak berbantah-bantahan. Tinggalkanlah berbantah-bantahan karena orang yang saling berbantah-bantahan telah sempurna kerugiannya. Tinggalkanlah berbantah-bantahan, maka cukuplah dosa agar kamu tidak selalu menjadi orang yang berbantah-bantahan. Tinggalkanlah berbantah-bantahan karena orang yang berbantah-bantahan tidak akan aku beri syafa’at pada hari qiyamat. Tinggalkanlah berbantah-bantahan, maka aku adalah pemimpin dengan tiga tempat di surga; di kebunnya, di tengahnya, dan di atasnya bagi orang yang meninggalkan berbantah-bantahan dan dia jujur. Tinggalkanlah berbantah-bantahan karena pertama kali yang aku dilarang oleh Robb ku setelah menyembah berhala adalah berbantah-bantahan. (HR Ath Thobroni)

(TIRMIDZI – 1916) : Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukarram Al ‘Ammiyyu Al Bashari, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik ia berkata, Telah menceritakan kepadaku Salamah bin Wardan Al Laitsi dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan berbohong (dan berbohong pada waktu itu sesuatu yang tidak dibenarkan) maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar surga, barangsiapa yang meninggalkan perdebatan (sedang dia orang yang berhak untuk berdebat) maka akan dibangunkan untuknya rumah di tengah surga, dan barangsiapa yang memperbagus akhlaknya maka akan dibangunkan rumah untuknya di bagian yang paling atas.” Ini merupakan hadits hasan yang tidak kami ketahui, kecuali dari hadits Salamah bin Wardan dari Anas bin Malik.

KREDIT SINI

so maknanya, kalau orang ajak kau berdebat, bertekak, bertegang lidah walhal kau yakin kau berada di pihak yang benar, ko tinggalkan je la perdebatan tu.
lebih lebih lagi kau dah explain bertalu talu pun dia still nak blame kau. so what for kau nak stay? baik kau blah.
dengan rahmat dari Allah Taala, siapa tahu kau akan ditempatkan di sebuah rumah di tengah syurga.

dan kalau plak kau berada dalam situasi yang kau memang bersalah, kau dah explain dan mintak maaf bertalu talu, tapi dia still bolayan kau, pun kau tinggalkan je lah dia.
dah cakap banyak kali pun still tak boleh terima kan, janji kau tak payah susah susah nak bertikam lidah dengan dia.
walaupun kau dalam keadaan salah, tapi sebab kau tinggalkan perdebatan tu, siapa tahu dengan keredhaan dari Allah Taala, kau akan dapat tempat sebuah rumah di dasar syurga.

kata ustaz tu lagi, tinggalkan perdebatan dalam keadaan benar pun dapat rumah di syurga.
tinggalkan perdebatan dalam keadaan salah pun dapat rumah di syurga.
semua orang pun nak masuk syurga kan? nah…. ini salah satu caranya.

memanglah talk is cheap kan. cakap memang senang. bila perasaan marah dan sakit hati berkumpul, mesti la kau nak jugak jugak bercakap.
nak jugak terangkan sesuatu. lebih lebih lagi kalau kau berada dalam keadaan benar. mana boleh bagi orang sesuka hati pijak kepala kau kan.
mesti nak defensif (aku ler tewww dulu)
tapi tak perlu kot. Allah Taala tau apa sebenarnya yang terjadi. walau sekecil kecil kuman niat kita.
jadi tak perlu kita nak terangkan kat orang tu. Allah Taala ada.
Kita cuma perlu yakin yang Allah Taala akan menolong kita.
Istighfar banyak-banyak.
Waktu marah tu syaitan tengah dok tiup tiup menghasut kita tau.
Jadi kau kena bertahan lah. Susah, memang susah. Tapi kena cuba ya?

encik z kata “sebab tu saya malas nak bertekak dengan awak. sebab tu saya selalu blah bila tengok awak meroyan royan. tengok dah berapa banyak rumah saya dapat di dasar dan tengah syurga”

maka nya? the choice is yours ^_^
to berdebat or meninggalkan perdebatan 🙂

28 thoughts on “Rumah di Syurga

  1. bravo untuk encik Z..

    Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk hambaNya..

    dan sesungguhnya jodoh hangpa dengan En. Z pun adalah atas kehendakNya.. bersyukur dan berbahagia lah menuju jalan ke Syurga.. insyaAllah..

  2. taik?!! errrr….
    sebenarnya nak komen tapi taktau nak komen camne, boleh?
    kenapa taik??

  3. seriyus sy pun sebelum ni suka bertekak mempertahankan kebenaran but lately mcm dah malas nak putuskan urat tengkuk, explain pastu blah *recently entry awak banyak berbaur kebaikkan, terkesan juga dihati saya* tp tadi takleh blah betul ngan ayat nih ah tak percaya sudah lah taik! tadi cam seriyus gak sudah gelak terbahak2 😛 apapun bravo pada awak SHARING IS CARING (Y)

    • yer lah, dalam kita bergelak ketawa… sesekali kena jugak baca artikel2 keislaman untuk bermuhasabah diri.
      saya cuma share mana yang termampu. tak banyak, sikit harap dapat manfaat untuk kita sama2 amalkan.. 🙂

  4. patut la klu ajak bdebat laki kita malas nk ckap byk..diam2 bina umah kt sorga..anyway thanks k.maya 4 de tazkirah..vry useful, meaningful & wonderful..

    • ermmm.. aku tak kuasa kot nak explain.
      sometimes things are better left unsaid kan?
      so biarlah masa dan keadaan yang menentukan.
      aku percaya satu hari the truth will reveal itself.
      marilah kita meneruskan kehidupan dengan cara kita.. 🙂

Comments are closed.