RM38

Sorry aku memang takde mood nak update blog.
Cerita banyak, tapi biarlah aku peram dulu.

Takpela biar aku ‘bercuti’ sekejap dari dunia blogging.
Aku nak fokus menjahit buat sementara waktu.

Siapa yang hari tu dok tanya tanya nak hantar kain?
Hah bila lagi?
Tapi tapi tapi.
Kalau aku nak counter offer part harga agak-agak keji tak?
*syaiton mata duitan sudah merasuk

Yang hari tu first customer tu pasal aku bagi RM10.
Awalnya aku mintak RM20, tapi pastu terus cam special ni sebab first customer kan.
Tu yang bagi RM10.

OK aku nak tanya korang bebetul, kalau aku caj RM38 untuk baju kurung tradisional, korang rasa mahal tak?
Sebab lepas aku buat survey kajian sana sini, dengan kos sara hidup di kuala lumpur kota metropolitan ini (amboiiihh), aku rasa cam hmmm RM38 ok kot.
ok la aku tau mungkin korang boleh dapat harga ni kat tempat lain, dengan tailor lain, tapi diorang bukan kawan korang kan?
aku kawan korang kan? kan? kan? kan?
haaaa… tolong la kawan-kawan. besar tau pahala nya tolong kawan-kawan.

ok ok ok ok aku tau la aku ni baru je belajar menjahit.
baju pun jahit baru nak masuk 3 pasang. sadis.
tapi aku yakin dengan semangat juang yang tinggi, aku mampu.
kalau terfikir RM20 sepasang baju mungkin semangat tu down sikit, tapi kalau bayangkan RM38, mungkin mata blink blink lalu menjahit dengan penuh semangat yang up up away.

takpe, korang try dulu la dengan aku.
kalau rasa tak ok, rasa tak puas hati kat mana-mana, aku turunkan la harga tu ikut banyak mana kebinasaan yang aku jahanamkan baju korang. ngeh ngeh.
tapi syarat tambahan ialah. tak boleh ada deadline.
matikk la syarat apakah ini?
aku sendiri yang tetapkan deadline. sebab ai bukan tukang jahit sepenuh masa u.
i berkerjaya jua. dengan blogging lagi.
dengan rumahtangga lagi.

tapi insyaAllah aku akan cuba siapkan dalam tempoh 2 bulan paling lama.
so ok ke tak RM38 itu?
kalau ok sila hantar baju anda sekarang. yer sekarang!

sekian terima kasih.

yang benar,
maya tukang jahit

#okbai

32 thoughts on “RM38

    • harus lah kat kampung murah kan, ater serba serbi murah.
      tapi kalau akak berhenti kerja balik kampung menjahit sepenuh masa pun mcm menarik gak ek..

    • walaupun cikgu salmah tukang jahit tersohor kannn…
      tapi ok gak tu kak.. tolong naikkan bisnes aku.
      bisnes katanya..

    • ishh degil tau budak ni.
      kain lain akak tak mo amik laaaa.. kang senget benget dipotong.
      biar akak jahit 100pasang baju cotton dulu.
      lepas tu baru consider kain licin ka, kain satin ka, kain samarinda ka..

  1. seb baik dateline 2 bln, kalu setahun? haha
    kalau kat kl munasabah la rega tu
    tp pesal 38 napa x 35 ke 40 ke
    kan senang kira

    • sukatik akak la.. dah akak yang jahit..
      sokatik la nak letak brapa harganya.
      amboiii kekwat punya tukang jahit..

  2. since taun ni tak leh pakai baju kurung dek memboyot
    taun depan nak pakailah
    ada 10 lai kain ela lom jahit
    gegir punya pun ada 5 lai

    bila leh siappppppppppppp????

    eh harga budaknya baju kurung berapa pulak?

    **ada tetas kain aku siap ko maya**

    • 10 helai + campur 5 helai = 15 helai.
      mau setahun kot kak..

      ko jangan bagi kain mahal kak.
      kain murah murah sudah.

      kalau tertetas terpaksa aku buat sembah ratu

      • lupa plak nak jawab.
        untuk budak2 pasti la harga nya murah lagi.
        kain senang nak potong. nak jahit pun tak amik space banyak.

        nanti kita kawtim la harga baju budak ek..

  3. kak,ukuran akak amik d badan or guna ukuran baju??kak,RM35 sepasang cantik skit kot..sbb tailor junior ..kn?hehehe..mampos la kena libas ngan kak maya…:)larikkk..

    • tu la akak ckp, tak fix harga RM38 tu.
      ikut mana kecacatan yang akak dah jahanamkan baju korang.
      silap2 byk sgt jahanamnya, jadi RM1 je kang sepasang.. ngeh ngeh..

  4. 38 tuh kira murah..sini semua rate dah 50…aduyaiii..beli kain tk sampei rega 50..upah jer dah 50…100 abeh kt situ…sib baik tailor ai kt kg jahitkan..tapi sekali hantar…nanges tukang jahit ku..siap gertak2 manja nk siap cepat…hahahaha 😀 😉

Comments are closed.