Open House Raya Last Kopek Punya

3 cerita aku sekalikan dalam satu entry. boleh yer.
ini kisah open house raya last kopek punya. tetiga pun dibuat di minggu terakhir syawal.
yang satu tu lagi best, dah masuk bulan zulkaedah pun.
takpe, janji niat nak jamu kawan-kawan, regardless bulan apa pun kan.

ok dimulakan open house di rumah farihah + putra di cheras sana.
farihah masak nasi tomato dengan ayam masak merah yang pedas tapi sedap.
ada roti jala dan kari ayam juga.

masa aku sampai tu memang takde sapa kot.
so boleh la melepak lepak tanpa rasa bersalah sambil layan anak-anak dia.
amirul yang hebat main angry birds dan rajin dia explain satu-satu kat aku.
angry birds merah, angry birds biru, angry birds kuning.
pastu siap ajar macam mana cara nak bunuh monyet segala dalam tu.
kesian aku. ketinggalan train betul.

aliff ngan aina pun tak kurang ramahnya.
dok layan bercerita ngan buku si aina.
aina ni jinak jinak merpati. eh aliff pun sama 🙂

dah habis makan sampai plak ramzi & rahmat sekeluarga.
tapi sorry la tak boleh nak bagi encik z lepak lama dengan diorang.
sebab nak berkejar ke rumah sid kat kota damansara pulak.

macam-macam menu ada kat rumah sid ni.
aku makan sphagetti dan salad dan kek lapis.
lepak kejap konon nak tunggu kak red, tapi sudahnya tak sampai sampai so kami gerak dulu.

eh jumpa amy jugak kat sana.
sekarang ni mana ada aku, ada dia.
mana ada dia, ada aku. kembar tak melekat tak seiras kekdahnya.

ok ni cerita hari lain plak.
yang di bulan zulkaedah.
gi rumah mimie kat bandar sri permaisuri untuk majlis makan-makan keluar rumah.
selalu majlis masuk rumah kan, ni keluar rumah.
sebab si mimie dah nak pindah dah. huhuhu…

kata tokey kek, so macam-macam kek yang ada.
aku serbu red velvet dulu. ngeh ngeh…


: : red velvet yang mengancam : :


: : mimie, mya, merah : :

tq farihah, sid & mimie untuk makan-makan nie eh.
ada rezeki panjang umur, raya tahun depan jemputlah lagi 🙂

14 thoughts on “Open House Raya Last Kopek Punya

Comments are closed.