Menjakun di Papa John

hanya kerana sehelai brochure. dem u brochure!
ceyyy nak salahkan brochure walhal diri sendiri yang menghaloba.
ok brochure apakah? brochure iklan pizza papa john’s oh.

belek belek lalu cakap dengan encik z jom cuba nak.
sebab memang tak pernah makan. so encik z pun kata ok.
ke alpha angle saja sebab situ paling dekat.
koserrr nak keluar jejauh. sekarang ni aku memang kurang rajin betul la nak gi shopping mall kalau takde matlamat hidup.

: : delivery ada. katering ada. take away ada. dine in pastilah ada : :

belek belek buku menu. ok order sekarang.
encik z amik coke float. aku amik 100 plus sebab sebenarnya perut tak berapa sedap masa ni.
tapi yang tak bestnya 100 plus dah dituang siap siap dalam cawan. tak syok aa..
nanti ais dan 100 plus bersatu padu jadi tawar. huhuhu…

kami amik pizza half half.
half super papa’s dan half lagi pepperoni.
super papa’s tu ok la sedap. tapi pepperoni kureng kot.
ni saiz 9″.

dan ini plak sosnya.
satu tu rasa tomato puri. satu lagi tu cheese yang dicairkan rasanya.
aku mana la tau kat sini takde sos cili.
dengan confident aku mintak.
‘kak, kat sini takde sos cili’
#sentaphatimaknak
so kalau korang jenis makan pizza dengan sos cili, sila bawak sendiri ya.

untuk kek ni ada 10% diskaun. walaupun cuma RM0.65 jer diskaunnya.
tak sedap kot. tak setanding chocolate indulgence secret recipe.
so aku tak galakkan korang amik.

total RM42.65. pitam.
sesekali sesekala nak makan ok la.
seselalu kalu, tokey balak pun bangkrap.

20 thoughts on “Menjakun di Papa John

  1. Alamak. Lama tak pekena Papa Johns. Nom nom nom.
    Salu gak pegi kat Times Square punya (eh. bkn salu la, time tingin je. Salu kalo mmg kena option pencen 60thn la. Eh. Apa kaitan? Haha)

    Yg cicah satu lagi tu namanya Garlic Dipping Sauce.

    Chicken Super Papa ngan Texas Heat sedap la.
    Lelain jarang try. Huhu.

    • woh sos garlic ek tu?

      okeh takpe next time saya try yg tu plak.
      ala, tapi saya tak minat chicken. huhu..

  2. start next gaji kena berjimat cermat. tak boleh nak ngada makan yg mewah2 sgt. setiap aliran keluar masuk wang tunai haruslah direkod. perintah pihak berwajib harus diikut. hikk 😀

    • betul la. mmg kena berjimat cermat pun.
      ni semua napsuuuu…
      tp tu la sesekali teringin apa nak kata.. kang meleleh lak air liyor.
      ceyyy meleleh la sgt kann..

  3. penah skali makan,waktu tu br lps mandi-manda kt Sunway Lagoon so pelahap semuanya tp bila try ingat blk x sure la sedap ke x sedap Papa John nie sbnarnya..x sedap kot sbb x terasa nk mkn lg 4 nx time…he…he..he..

    • mungkin tak berapa sesuai di tekak awak.
      lagi pun sbb kita dah biasa dgn pizza hut je kannn..

  4. lama da aku xmakan hebat2 gini
    ahad lepas, aku ber2 ngan Iman
    da elok paking kete depan SR sekali kuar balik paking lajak ke gerai biasa dpn SR
    hahahaa
    tak tau la kedekut ke berjimat

  5. restoran ni kena tukar nama kot
    dr papa john ke papa jahat huhu
    tetapi coke float tu buat rasa cam teringin la

  6. kami kalo pizza sekarang ni memang go for domino’s lah.. memang terbaik.. dan murah some more..

Comments are closed.