Menghadapi Kehilangan

tadi baca blog ween.
eh sebenarnya semalam ada baca jugak.
kesian dia kasut sukan yang dia sayang dah hilang.

pastu hari ni dia buat entry lagi, tajuknya menghadapi kehilangan.
aku rasa adalah best maka nya aku mau share kan di sini.
khusus untuk korang yang pernah kehilangan terutamanya kehilangan kasut.
kot sesiapa yang belum pernah kehilangan, mana tau bukan hari ni.
esok lusa korang kehilangan kan?
jangan bersedih. jom baca tips menghadapi kehilangan ini.

Hye. Saya ada beberapa tips yang boleh dikongsikan dengan kawan-kawan yang sedang bersedih, kehilangan, merasa dikhianati, atau dizalimi. I know it’s painful, felt it once and learned from it. Harap tips ini membantu.

Firstly, sentiasalah bersangka baik. Mungkin orang yang mencuri kasut itu lebih memerlukan daripada saya. Maybe she can’t afford to buy a new one. Maybe she doesn’t know that it’s my shoes. Ada orang yang memang suka kepunyaan orang lain. Apa pun, maafkan dia dan redha dengan kesilapan yang dia lakukan.

Secondly, never blame anyone, especially yourself. Bila kita bersangka baik dengan pencuri, obviously we will not put the blame on her. Jangan pula menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai menjaga kasut. Pernah tak kamu sayangkan sesuatu sangat-sangat sampai rasa sayang nak guna? It happened to me. I love it with all of my heart, but then, I realized that it’s not the time to use it now. So, I kept it. Saya simpan sesuatu yang saya sayang untuk hari yang paling penting, but other people judge me and assume that I don’t need it. Kasut, dia tak salah sebab dia heartless, mana punya perasaan.

Finally, berhenti berharap. Honestly saya rindu dengan kasut saya. Though it does hurt me at times (kadang-kadang buat kaki saya melecet), tapi dia tetap gembirakan hati saya. Dia ada bila saya perlukannya. Dia cipta kenangan indah dengan saya selama 5 tahun. ke Bukit Serindit, Melaka Sentral, Tesco, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade. Saya teringatkan dia setiap kali saya lalu tempat-tempat tu. Tapi saya tahu yang sekali kasut saya dicuri, tak mungkin dia akan kembali pada saya.

Buat kasut, semoga gembira dengan pasangan baru awak. Saya maafkan semua kesakitan yang pernah awak beri pada saya, walaupun parutnya berbekas pada kaki.

jadi, marilah kita menghadapi kehilangan dengan ketenangan, ya..

19 thoughts on “Menghadapi Kehilangan

  1. pasal kehilangan tu aku xmo komen
    yg aku nk komen, comel btol kawan ko tu
    nampak sgt dia syg harta dia kan even kasut
    mcm aku ni errrmmm bkn jenis reti syg brg
    gelang tgn nikah hilang pn sedih kejap pastu lupa rupe paras gelang tu camne..
    ke aku ni sorg yg cepat pasrah??

  2. memang la terasa kehilangan bila benda tuh kia beli guna duit kita sendiri, kita jaga..pakai lama sampai lunyai tetiba hilang..
    lagi stress bila barang tu hadiah dari org..tetiba hilang….memang sentap lama giler…

  3. tu diaaaaaaa… siap entry utk kasut lg.

    “Buat kasut, semoga gembira dengan pasangan baru awak. Saya maafkan semua kesakitan yang pernah awak beri pada saya, walaupun parutnya berbekas pada kaki.”

    kelakar pun ye, terharu pun ye. saye bole mendalami perasaan ni. hehehhehe

  4. xpe skang mj, parkson suma tgh sale leh carik kasut baru
    *sungguh x berilmiah komenku hehe

  5. syahdu tau baca entry akak x ni..sbbnya shah pernah kehilangan kasut yg bru dibeli n baru sekali dipakai..letak kat tepi dinding kelas.time tu panggil pekerja am sek(wak Indon)tlg ubh perabot ke bangunan baru..hawau sungguh,sekali dgn kasut sy tu dikebasnya..dahla kasut tu pun dibeli utk pgram 1murid 1sukan..dibeli time duit agak kontang..mmg mnyumpah jugakla..hehe

  6. akak…. kehilangan ituw sesuatu yang bagos sbnrnya. sbb leh bli baru…hahaha…walaupon kita sayangggg bangat sama ituw kasot ^_^

Comments are closed.