Menderhaka Lagi Dengan Suami Tsktsktsk

ok ni aku nak cerita yang kisah myavi eksiden masa nak pergi Mek T tu.
ceritanya begini.
aku dengan encik z tersesat sikit.
actually dah lalu simpang yang nak masuk ke Mek T tu.
tapi kami dah terlajak ke depan.

aku cam bebel bebel sikit la.
kata kenapa awak tak masuk simpang depan tu.
pastu encik z stop kan kereta nak pasang GPS.
aku cakap tepi la biar saya drive. gitu.

aku pun drive la sambil sambung bebel bebel lagi.
bla bla bla bla.
walhal bukan salah encik z pun sebenarnya.
biasalah perempuan.
dah la cam dah lambat masa tu, dengan panas segala.

dah la kemudian tu masuk plak kat kawasan yang banyak kereta.
dengan jem nya, lagi la panas hati.
encik z still cool la dok tengok-tengok GPS.
kena plak 2 kali aku pusing kat tempat yang sama.
bebel tetap bebel ni tak henti henti.
walhal encik z senyap jer. *memang patutlah dia keluar statement dapat rumah kat syurga tu

ok dah sampai kat jalan yang benar, nampak la Mek T kat sebelah kanan.
aku plak bawak myavi dah macam orang gila.
tengok takde parking.
tanpa melihat cermin belakang, aku terus reverse.
laju la plak mereverse nya.
so dangggggggggggggggggg….
ada sebiji honda kat belakang.
apa lagi. berantam la kan.

aku ngan encik z pun keluar la dari kereta.
ada mamat cina ni dalam 40an kot keluar.
keluar dari kereta dok jerit jerit “FUCK U, FUCK U, FUCK U’
ok la sementelaah memang my mistake pun, so aku pun cakap la sorry bertalu talu.
kata memang salah aku. aku tertekan minyak semua.

dia still lagi “FUCK U, FUCK U, FUCK U”
melebih lebih plak ko kan cina.
aku sabar lagi.
aku cakap la ngan dia, it’s up to la nak buat macam mana.
nak pergi workshop ke, nak bayar ke, nak apa ke.

pastu dia tanya lagi “u mau bayar ka?’
heyyyyyyyyy… dah salah aku, memang la aku bayar.
yang kau tak henti-henti bebel ni pehal?

pastu tetiba iman muncul. iman tanya la kenapa.
aku cakap la terlanggar.
iman cek la bumper kereta cina tu.
iman kata ‘sikit je ni’
pastu ditempelak oleh cina tu.
cam katanya jangan campur la. u bising-bising u mau bayar ke?

eh kau kenapa cina.
memang sikit je pun kena bumper dia tu. calar kot.
last last encik z pun dah cam nak naik hantu ‘jom pegi balai je la, claim insuran’
terus dia diam.
baru nak cakap, u bayar la. RM120.

encik z kata RM100.
dia kata ok la ok la.
hah kan senang dari tadi.
dok bebel cam orang mabuk tu kenapa nya.
so bayar RM100 dia blah dari situ.

aku masuk kereta terus nangis.
terkejut pun yer, takut pun yer.
apa lagi, kena tazkirah la dengan encik z.
masa ni dah memang aku terdiam je la tahan sedu sedan.
tadi kemain ko menggarang membebel kan normaya.
hah tengok Allah SWT balas ‘cash’ je sekarang.

terus laju laju cium tangan encik z mintak maaf segala.
dan memang aku insaffffffffffffffffff…
pas ni takmo bebel dah. takuittttttt…..

diakhiri dengan kecederaan yang dialami oleh myavi.
reverse sensor dah bengong sekarang ni.
walaupun takde apa benda kat belakang, tapi tetap dia tittttttt tittttttt titttttt bunyinya.


: : nampak lubang belah kanan tu kan? : :

sekian cerita saya.
yang benar, isteri yang insaf tak mahu membebel pada suami lagi.

34 thoughts on “Menderhaka Lagi Dengan Suami Tsktsktsk

  1. dah mya x mo sedih2..memang kekadang allah nak menguji..cuma lepas ni lebih berhati2..
    along pun kekadang mcm tuh..suka membebl diakhiri dengan kejadian..memang lumrah begitu..sebab kita ni ada ego kita sendiri..

  2. same kes kite kak..degil sgt..kalo pasal jalan saya je sume btul konon nye..yg laki ni rilex je..dorg carik jalan pki otak.tp kite ni ikut rase hati je konon2 kite yg betul..hihi..

    • kan kan kan.
      selalu kita rasa kita betul, kena lalu jalan ni.
      bila diorang lalu jalan lain, sesat plak tu mmg berganda ganda la kita bebel.
      tapi cer kalau kita yang salah. terus diam buat dono taknak kena marah punya pasal kan..

  3. bongok la tu org dah ckp elok2 nk fuck2 lagi. upah mana2 gay suruh suntut bontot lu kang baru tau apek! grrrrrrrrr

  4. camtu citenya..

    yelah kdg2 kita sebagai isteri ni ikut sedap mulut jer nak ckp..nasib baik suami sis tu boleh tahan penyabar orgnya. kalau dpt laki panas baran..kat situ jugak ditangan-tangan bininya.

    nasib baiklah suami sy penyabar jugak dengan isteri kuat bebel cam sy ni..hiks

    • itu la pasal.
      alhamdulillah la suami akak tu memang amat amat penyabau orangnya.
      tu pasal bertemu jodoh dengan akak kot.
      kalau dgn lelaki lain, memang lama dah akak kena flying kick kot.
      makanya, awak doakanlah akak ber insaf diri yerr..

  5. huhu.. musti sgt sedey kan biler tgk montot keta mcm tu.. sakit mata tu.. saba yer.. take care kak.

    • sakit mata satu. sakit hati pun yer.
      dok teeettt tiiiittt tteeettt walhal kereta jauh lagi.
      sewel dah censor myavi tuh

  6. Saba la ye mya, xmo sesedih lg, dh lepas kan….. Akak selalu kalau membebel pon dlm hati je, kot nanti hb ilang konsentrasi plak nk drive, kang x pasal2 langgor org, langor kete leh g bayo, kalau langgo org……. Ada hikmahNya…..

    • betul, pasni kalau nak memarah jgn bwk keter la kan.
      berenti tepi baru bebel. ceh nak jugak tu bebel he he..

  7. alahai…. takper maya… benda dah nak jadi kan… pasrah ajerla… aku ni pun kuat membebel gak esp bila aku penat… huhuhu… nnt laki aku diam jer… bila dah habis nnt dia kata… dah? sumer abis kuar dah…. hilang ke penat bila membebel tue… waaa…. sedih tau….
    sabar yer… ada hikmahnya… keta takper… yg penting ko laki bini selamat…
    btw, itu sticker cantik noks! mana beli? 😀

  8. sob sob sob.. tu lah Allah Maha menyayangi ..

    kami pun pernah gak jadi cenggini.. ada kami tulis kat blog dulu… marahkan Jeff sebab amik jalan lain, walhal kami soh lalu jalan lain nak balik rumah, balasannya sampai rumah kaki tersadung kat pagar.. dah la kaki sakit bengkak berdarah, dosa pun dapat sebab laki tak redha kat kita.. kami pun insaf..

    • betul la nida.
      lepas2 tu pun kadang2 ada jer kami tertinggi suara sikit ngan zalmi kan, dan dan tu gak kami ditimpa malang.
      seriously, kami agak takut sekarang ni nak marah2 hangin2 tak menentu.
      saya sayang suami saya hukss…

  9. kalau kita tgh panas dan marah mcm2 boleh jadi, pendek kata lepas ni kena lagiiiii banyak bersabar 🙂

  10. setiap apa jua ketetapan Allah s.wt. ada hikmahnya. begitu juga jodoh.
    Dia tahu tau dinding kesabaran hambaNya ini saya agak nipis. maka ditetapkan jodoh dgn seorang yg amat penyabar. walau adakala marah juga, tapi marah dalam hati. diam. kita tau laa…
    bukan takmau berubah menjadi lebih penyabar. setiap hari pun cuba. tapi terkandas jugak.
    bukan takmau kurangkan merajuk. setiap hari pun cuba. tapi kalau tak merajuk dgn suami, saya nak merajuk dgn sape?? dinding? kerusi? heheh.. (H)

    • sama lah kita.
      alhamdulillah akak dipertemukan jodoh dgn abg mi yang amat lah penyabarnya.
      kalau dgn org lain akak taktau la, mmg hari2 dpt penampau gamaknya.

      akak ni mmg cepat marah. panas baran.
      taktaulah napanya walhal benda kekecik je pun.
      tapi tu la bkn taknak berubah, sedang mencuba dan terus mencuba.
      semoga kita berjaya yer. amin…

Comments are closed.