Mek T – Sedap Sokmooo…

hari ahad hari tu aku gi makan kat restoran Mek T kat puchong nun with a few bloggers.
actually acara makan-makan ni disponsor oleh restoran Mek T ni sendiri yang dipanjangkan oleh kak red.
tq kakred! tq Mek T!
gerak dari rumah kul 12 tengah hari konvoi bersama amy.
tapi bila dah nak sampai kat tempat kejadian terpecah plak kitorang.
aku dah tersesat ke belah depan depan plak.

pastu lagi 200meter nak sampai ke muka pintu Mek T ni, ada peristiwa sadis terjadi.
myavi terlibat dengan kemalangan kecil. nanti la aku story kat entry lain.
ye ke nak story. hari tu kata nak story kisah aku jumpa momok bali tu pun tak cerita lagi kan.
janji tinggal janji je lah normaya.
insyaAllah akan aku usahakan. cepat lambat jer.
tengok cam entry kahwin aku. haaaa selepas 2 tahun tapi ada jugak kan kan kan…

ok kita teruskan dengan kisah di Mek T.
masa aku sampai jer, cindy anak kepada owner Mek T tengah beri penerangan tentang restoran Mek T ni dan makanan-makanan yang dihidangkan.

muka sebek aku baru lepas nangis.
yer lepas eksiden tu aku nangis pelok pelok ngan encik z.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa… ok ok entry lain.

makanan yang dihidangkan.
ada pulut ikan, bihun dan mee, keropok lekor, laksam, nasi kuning taktau nama, ayam goreng, kuih muih juga taktau nama.
main ngapppppppp je kan. nama tak amik pot.


: : first round : :


: : 2nd round : :

semua makanan adalah setappppppppp….
favourite aku laksam so harus laksam nama mu teratas.
pulut ikan tu pun lain dari lain, ku tak pernah rasa.
keropok lekor sekejapan licin dibedal. sos nya yang melertzzz tuuu..


: : mya, amy, lyn, iman : :


: : haipppp.. gayut ngan sapa tu haaaa : :


: : bersama si tukang ajak & gegirl nya : :


: : ramai lagi ada ni. GBM ada. pastu hilal. pastu ada lain aku tak kenal kot. em sorry ya : :


: : set  yang ditawarkan di Mek T : :

pada penggemar makanan dan masakan terengganu, tapi tak dapat nak ke terengganu selalu, haaa boleh la try semua jenis hidangan yang ada kat Restoran Mek T ni .

Restoran Mek T
127, Jalan Kenari 23A
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong,
Selangor
Tel: 603-8071 5707

untuk keterangan lanjut, korang gi je kat website Mek T kat http://mekt.com.my
selamat menjamu selera ya!

16 thoughts on “Mek T – Sedap Sokmooo…

  1. ownernya chinese yer..
    bagusnya bukak restoren makanan trgnu..leh cuba ni.

    kesiannya sis, smpai xcident..sbr ek

  2. sbl nie ada baca kt blog ceera..then kt RM..then kt blog u plak..harus keterujaan nak pegi..sebab ai luv laksam..dengar je dah gelodak tekak ha…dasar tekak pemakan kann..hahahahaa 😀 …makanan ganu ai suka..dpt kepok leko..lagi arr xhenti2 aku ngap2…

Comments are closed.